Friday, April 22, 2016

Kenyataan Umum

Kenyataan Umum

 19  April 2016

1.       Menginsafi betapa negara dalam perbagai masalah dan memerlukan perubahan. Peluang untuk menuntut perubahan hari ini amat cerah kerana majoritI rakyat sudah sedar dan sedang terhimpit dengan perbagai masalah bersangkutan kerosakan sistem dalam negara. Namun kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang atas nama gerakan progresif telah memperkudakan mood rakyat demi kepentingan politik sempit dan singkat.

2.       Mahathir mewakili pemikiran tua, diktator dan sebahagian dari kerosakan system. Dia tidak layak langsung walaupun berlakon berada di pentas rakyat menuntut perubahan. Malangnya dia kini sedang memperkudakan gerakan perubahan progresif melalui sesetengah pemimpin yang bergerak mempergunakan nama rakyat. Mahathir tidak pernah berubah dan hanya mempertahan kerosakan sistem dan ‘hi jack’mood perubahan rakyat.

3.       Mahathir tidak pernah berubah. Ingat, dia punca kehancuran sistem negara ini dari sistem kehakiman hinggalah sistem ekonominya. Dialah punca penswastaan yang mengakibatkan sehingga kini kos kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas menggila tingginya. Bukan sedikit harta rakyat yang dipunggah oleh kroni, proksi dan anak beranaknya.[1] Apa yang kita tanggung kini ialah hasil kedurjanaan sejak pemerintahanya. Beliau mencatur politik Negara mengikut kehendaknya termasuk lah Najib dinaikkan dia dan kini ketika Najib gagal menjadi bonekanya maka rakyat ditunggang untuk mencapai kehendak politiknya.

4.       Dia bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai – ramai Memali (termasuk Lubuk Merbau). Bukan sedikit aktivis termasuk pelajar diterpenjara, pegawai kerajaan menjadi mangsa. Adakah Mahathir sudah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berdepan hukuman atas semua kesalahan, kezaliman dan rompakan yang dilakukan ?

5.       1998, Anwar Ibrahim dipecat kerana pertembungan idea pengurusan ekonomi. Anwar disingkir kerana menghalang penggunaan wang rakyat untuk bail out kroni termasuk Mirzan anak Mahathir.  Selepas Anwar dipecat, Mahathir guna wang rakyat untuk bail out anaknya diikuti kroni dan proksinya yang lain[2]. Bukan sekadar dipecat Anwar difitnah, dipukul untuk tujuan membunuh. Keluarga Anwar dimalukan dan semua yang ada kena mengena dengan Anwar ditekan dan dimangsakan. Mahathir umpama singa mengaum ketika menfitnah Anwar tetapi lari menikus bila dipanggil ke mahkamah. Akhirnya Mahkamah membebaskan Anwar dari fitnah tetapi Anwar terus dipenjara kerana konspirasi politik jahat Mahathir. Malah untuk rekod buku 50 Dalil yang melibatkan Khairuddin (macai Mahathir) turut diputuskan mahkamah (2004) sebagai fitnah konspirasi menjatuhkan Anwar

6.       Anwar Ibrahim tetap berdiri mempertahankan prinsipnya, episod demi episod dihadapi. Anwar korban diri demi membuka mata rakyat menuntut reformasi sehingga ke tahap hari ini. Tidak keterlaluan dikatakan baik Azmin, Rafizi juga ramai lagi malah parti – parti pembangkang yang mana akuilah tanpa pengorbanan Anwar tidak akan sampai ke tahap hari ini.

7.       Ketika Mahathir menaikkan Najib rakyat memang sudah menolakidea itu, namun Mahathir meneruskannya kerana percaya Najib mampu menjadi bonekanya. Namun kini Najib gagal menjadi boneka yang baik buat Mahathir.  Mahathir memanggil pembangkang duduk bersama ketika Anwar terpenjara. Pemimpin pembangkang berselingkuh dengan penjenayah Mahathir dalam keadaan dia terus menfitnah Anwar. Mahathir terlibat disebalik saiful watak utama fitnah liwat 2. Terbaru di depan media Indonesia dan Australia dia terus menyerang fitnah Anwar.

8.       Wan Azizah dan keluarga seolah terkapai keseorangan menjawab fitnah Mahathir ketika hampir semua pemimpin yang bergaji dan berkedudukan besar naik guna nama Anwar berpeluk dengan Mahathir.

9.       Anwar sedang dilupakan dan dikianati. Kebanyakan kami bukan Anwaris, kebanyakan kami punya 1001 kritikan terhadap Anwar secara individu tetapi untuk menyambut tangan jijik Mahazalim yang terus menfitnah Anwar dan keluarga merupakan satu yang hina. Ia bukan soal Anwar secara sosok tubuh tetapi Anwar merupakan simbol perjuangan dan pengorbanan banyak pihak dalam mengasak perubahan.

10.   Kami sangat kesal dengan perkembangan ini dan mendesak semua pemimpin yang mempergunakan nama rakyat bermuhasabah segera. Mahathir harus tampil memohon maaf dan memulangkan semua rompakannya.  Anak beranaknya tidak layak hidup semewah keluarga raja dengan hasil rompakan Negara dan menyamar muncul sebagai hero perubahan palsu.

11.   Sampai bila negara ini tidak henti berkonflik hanya kerana memenuhi nafsu politik Mahathir. Terus pertahan prinsip reformasi bersama Anwar Ibrahim dan perjuang rakyat yang lain menolak deklarasi Mahathir mengasak perubahan Negara. Negara di ambang perubahan, membenarkan mood rakyat diperkuda Mahathir akan menggagalkanya.

Reformasi bukan deklarasi.
............
Kenyataan Media ini dibacakan oleh che’GuBard (Solidariti Anak Muda Malaysia) bagi pihak aktivis yang sama mendesak tindakan Mahathir memperkuda dan memperdaya mood perubahan rakyat.

[1] Time Magazine memetik Morgan Stanley (ekonomis) yang mengatakan negara hilang sekitar US$100b semenjak Mahathir menjadi PM

[2]  Berdasarkan Far Eastern Economic Review hutang syarikat perkapalan anak Mahathir yang dibail out berjumlah RM 1.6 billion. - akramin_84

3 comments:

  1. Tak habis2 mengatakan kes liwat tu fitnah...tuduhan tu berasas laaa bro....please laa terima kenyataan. Walaupun tuduhan liwat tiada bukti jelas tapi VIDEO CHINA DOLL DAH CUKUP MEMBUKTIKAN TUDUHAN TIDAK BERMORAL ITU....Pleaselaaa fokus Singkir Najib.

    ReplyDelete
  2. Tak habis2 mengatakan kes liwat tu fitnah...tuduhan tu berasas laaa bro....please laa terima kenyataan. Walaupun tuduhan liwat tiada bukti jelas tapi VIDEO CHINA DOLL DAH CUKUP MEMBUKTIKAN TUDUHAN TIDAK BERMORAL ITU....Pleaselaaa fokus Singkir Najib.

    ReplyDelete
  3. Oh. Sdap mulut kau. Aje...anwar tuh hero rkyat. .yg..trus dfitnah dfitnaj x hbis . .pdahal skrip tuh rktyat tau tuh skrip mhthir

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa