Tuesday, April 19, 2016

Melayu Bermaruah - Siri 2

TUESDAY, 19 APRIL 2016
Melayu Bermaruah - Siri 2

Melayu yang bermaruah( Malays with honour) mesti menolak penceritaan najislembu/bullshit yang disampaikan oleh pihak kerajaan keatas isiu 1MDB. Orang Melayu yang bermaruah do not need to take the crap!

The 1MDB issue is not only about making good what was stolen, it’s about punishing those who have committed the heinous crimes. Saya terjemahkan apa yang saya nyatakan- isiu 1MDB bukanlah hanya isiu mengembalikan apa yang sudah dirompak, ianya ialah mencari dan menghukum mereka yang melakukan dan bertanggung jawab keatas jinayah yang terjadi.

Kerana kita mesti selamatkan Malaysia daripada orang2 jahat seperti mereka yang melakukan angkara 1MDB. 

Najib Razak, Jho Low, Tarek Obaid, Patrick Mahony, Casey Tang, Jasmine Loo, Lin Li Seet, Tiffany Heah – semua mereka ini mesti disiasat.  Kenapa kena bayar Tarek Obaid, Patrick Mahony, Prince Turki dan sesiapa sahaja? Apa yang mereka telah lakukan yang meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia?

Orang Melayu mesti menolak semua pemimpin UMNO yang telah mengambil dan menerima wang yang tercemar- Ahmad maslan RM2 juta, Shahrir Samad RM1 juta, Mas Ermiyatie RM500,000 dan lain2 yang dibayar supaya jangan melompat menyokong usaha undi tidak percaya kepada Najib. Mereka ini semua pemakan najis.

Najib secara sedar atau alpa dan cuai kerana menandatangani dokumen secara menutup mata, telah menyebabkan Malaysia, melalui suatu mahkluk yang bernama 1MDB, terdedah kepada hutang dan pembelian asset secara bohong. Najib menyebabkan musibah ekonomi dan bencana kewangan kepada negara ini.

Najiblah yang menyebabkan kita semua ditipu oleh seorang budak Cina bernama Jho Low dan kunco2 nya.

Jika pun kesemua wang dan hutang dilunaskan, salah laku yang dilakukan tetap kekal sebagai salah laku. Rasuah tetap rasuah walaupun wang dikembalikan. Songlap wang tetap songlap wang walaupun wang digantikan.

Nilai asset yang dikatakan 1MDB ada itu mananya? Edra Energy sudah dijual. Tanah Sungai besi dijual sebahagian nya. Tanah di Pulau Pinang nilai nya tinggikan. Asset diluar negara kita tidak tahu sama ada nilai nya seperti diatas kertas. Jika penilaian keatas asset2 petrosaudi- telaga minyak dan sebagainya, boleh dicurigai, apa nilai kita hendak letak kepada asset2 yang 1MDB bongkakkan? Kapal gerudi berapa harga nya?

Jika pembelian sesuatu asset dijalankan dengan  harga yang dipalsukan dan ada orang2 yang telah ambil wang tersebut, penglunasan pembelian bohong tersebut tidak membersihkan mereka yang mencuri wang daripada jinayah mencuri.

Saya rasa orang Melayu boleh faham perkara ini. Rasuah, songlap wang, pencucian wang haram, samun wang tetap kekal sebagai jinayah dan kesalahan walaupun kesemua pembelian yang dilakukan oleh 1MDB di lunaskan.

Siapa dia menteri luar Arab untuk menasihatkan kita rakyat Malaysia bahawa isiu derma RM2.6 billion atau lebih sudah selesai? Siapa yang mahu dengar kata2 arab lidah bercabang yang tidak konsisten dengan pencerahan nya?  Dahulu kata pelaburan oleh individu , sekarang kata derma ikhlas. Ini cukup untuk membuktikan bahawa menteri luar arab Saudi seorang yang tidak ada kredibiliti. Penuturan orang yang berkuasa bukan seperti pertuturan ajk JKKK.

Orang Melayu yang bermaruah mesti memberhentikan pembohongan dan dusta kerajaan pimpinan Najib.

Kenapa Melayu yang ada maruah mesti menolak semua cerita najislembu ini? Sebab orang Melayu yang ada conscience tahu ini semua bohong; bahawa sejak bermula lagi, setelah TIA bertukar menjadi 1MDB, entity ini adalah suatu skim untuk merompak duit negara ini. Dan sejak bermula lagi, Najib sebagai final otoriti keluar masuk wang dari dan kedalam 1MDB, me-mandori setiap transaksi.

Melayu yang bermaruah itu siapa?

Mereka adalah golongan yang sedar bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab peribadi dan enggan menerima bahawa UMNO bertanggung jawab keatas masa depan mereka.

Semasa Kennedy angkat sumpah sebagai president Amerika yang ke 35, dia berkata, jangan tanya apa yang kerajaan boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada kerajaan.

Maksud yang terkandung dalam ucapan kennedy serupa dengan maksud yang UMNO bawak hari ini- hanya UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa Melayu. Maka samalah seperti sebutan jangan tanya apa UMNO buat untuk kamu, tanya apa yang kamu boleh buat untuk UMNO.

Seruan ini menyalahi piagam orang Melayu yang bermaruah iaitu golongan yang sedar bahawa apa yang terjadi kepada diri mereka ialah tanggung jawab peribadi masing2. Jika tidak mengobah apa yang ada pada dan dalam diri kita, maka kita tidak akan berubah.

Pertama orang Melayu diajar UMNO itu tuan dan kita hamba; orang Melayu diajar bahawa UMNO penjaga kita dan kita mereka yang dipelihara. Kedua, UMNO itu seperti makhluk yang kita sembah dan muliakan dan diletakkan diatas kita. UMNO diatas, kita dibawah.

Melayu yang bermaruah tahu bahawa UMNO hanya sebuah parti yang menghimpun mereka yang se-pemikiran dan melalui parti, mencapai matlamat yang dipentingkan bersama. Ianya tidak lebih daripada itu. Objektif nya sama seperti parti politik lain- mencapai kemerdekaan fisikal dan minda, keadilan dan kemakmuran .

Kita mengadili parti dan kerajaan atas criteria ini. Adakah UMNO berjaya mencetuskan kemerdekaan orang Melayu daripada berjiwa hamba?

Melihat kepada ketergantungan kepada UMNO dan pemimin2 UMNO, jelas kepada kita umno gagal memcetuskan Melayu merdeka minda. Ertinya, sebahagian besar orang Melayu, dibelengu minda mereka.

Adakah UMNO komited kepada keadilan? Saya kata kimited kerana tidak dapat disangkal, UMNO pada awalnya menjadikan keadilan social sebagai teriakan perang nya. Tapi hari ini bangsa Melayu berpecah kepada 3 kumpulan kerana tidak ada keadilan ekonomi. 

Kumpulan t20, kumpuan M40 dan B40. Kesenjangan pendapatan dalam kalangan Melayu menunjukkan UMNO tidak lagi komited kepada keadilan social.

Adakah negara kita makmur? Akibat dari tata-urus yang jahat, ekonomi kita dilanda musibah. Hutang isi rumah tinggi, hutang awam/kerajaan tinggi, hutang luar negara tinggi, dan negara kita hilang nama untuk di yakini sebagai peminjam. Apabila sumber kewangan negara kita menguncup, dan kredibuiti kita sebagai peminjam buruk, tidak ada sipa yang akan mahu memberi hutang kepada kita.

Melayu yang bermaruah berpegang kepada prinsip bahawa masa depan mereka bukan diharapkan kepada UMNO dan pemimpin nya. Melayu yang bermaruah berkeyakinan bahawa mereka bertanggung jawab keatas masa depan mereka sendiri.

UMNO menghambakan pemikiran Melayu.

Apabila UMNO kata melayu mesti setia dan sokong kepada nya- maksudnya sama dengan  jangan tanya apa umno boleh buat, tanya apa kamu boleh buat kepda UMNO. Ertinya, UMNO itu penjaga dan rakyat, yang dipelihara, atau umno itu dewata/dewa yang mulia, rakyat ialah penyembah dewa. UMNO itu pemberi dan rakyat penerima.

Melayu yang bermaruah tidak boleh menerima susunan seperti ini- UMNO bukanlah sesuatu yang diatas mereka yang menentukan masa depan mereka. Melayu yang bermaruah yakin bahawa masa depan mereka bergantung kepada usaha mereka sendiri, bagaimana mereka menggayakan kehidupan mereka.

Melayu yang bermaruah tidak akan merima masa depan ditentukan oleh UMNO yang hanya sebuah parti yang menguasai kerajaan. Melayu yang bermaruah akan tanya, apa yang mereka boleh melakukan melalui kerajaan yang merupakan satu alat untuk mencapai cita2 masyarakat keseluruhan. Mereka tidak akan membiarkan umno menentukan masa depan mereka.

Tentulah Melayu yang bermaruah tidak akan membiarkan UMNO menzalimi dan pemimpin2 nya belot kepada bangsa.

Posted by sakmongkol AK47 at 8:03 am

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa