Tuesday, April 19, 2016

Moral.......Annuar Musa hantuk kepala sape juga ni?

Atau........Annuar Musa juga buta mata dan hati?

Tuesday, 19 April 2016
ADAKAH ANNUAR MUSA CUBA MENGATAKAN NAJIB JUGA TIDAK BERMORAL?
Kata Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, adalah suatu kesalahan dari segi moral bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli banglo dengan harga di bawah nilai pasaran.

"Dia kena terima terima hakikat....dari segi moral memang salah.

"Dia sebagai seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jka tidak kerana jawatannya sebagai Ketua Menteri," ujarnya lagi.

Kelihatannya sungguh bermoral wajah Annuar Musa bila beliau mengucapkan kata-kata seperti itu.

Tetapi, kenapa kata-kata yang sama tidak ditujukannya kepada Najib Razak?

Adakah bermoral bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya, sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ, bukan setakat RM2,600 juta, malah didakwa menjangkau RM4,200 juta jumlahnya?

Jika Najib bukan berjawatan Perdana Menteri, adakah sesiapa dalam dunia ini yang mahu memberikannya derma sebanyak itu?

Tidakkah dalam akta SPRM, menerima derma bagi penjawat awam juga merupakan suatu kesalahan?

Dari segi moral, jika Lim Guan Eng dilihat salah, adakah Najib dianggap suci bersih dan "halalan toyiban" sedangkan dari segi jumlahnya saja berganda-ganda lebih besar lagi?

Atau Annuar sebenarnya sedang melakukan sindiran dengan membaling seketul batu, tetapi menjadikan Lim Guan Eng dan Najib sebagai mangsa sasarannya secara sekaligus? (SH 19/04/2016) - sumber

BacaAnnuar Musa: Dari segi moral salah Lim beli banglo murah
# Aku juga setuju dengan apa yang Annuar kata tuh.......tapi dia juga harus melihat di sekelilingnya. Adakah hanya Guan Eng saja yang duduk di kerusi kuasa yang lakukannya?
Jadi kalau tak nampak pakailah cermin mata multifocal supaya tidak dikatakan buta!

3 comments:

  1. politikus2 umno tak BERHAK nak cakap pasal moral. anda semua tak bermoral! malu la sikit. klu nak start cerita kisah tak bermoral anda, tak ada penghujungnya

    ReplyDelete
  2. Abis yg pelingkup duit mara dan pprt tu bermoral sgt lah...duit rakyat termiskin pun hanyut kena faraid..malulah ngaku jd org islam

    ReplyDelete
  3. Sekarang aku dengar orang Ajib dah cerdik (sikit aje!). Atas meja declare beli pada harga pasaran. Bawah meja ada refund cheque. Ambil bank loan tapi siapa yg bayar?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa