Thursday, April 28, 2016

Yang ni aku setuju

Perbalahan PKR-DAP hakis keyakinan rakyat

 | April 28, 2016
Ramkarpal berkata, perebutan kerusi antara sekutu dalam Pakatan Harapan telah mengecewakan rakyat Sarawak
ramkarpal-dap-pkr-sarawak
KUCHING: Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.
“Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.
“Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Ia akan menghakis keyakinan orang ramai. Tetapi, kami (Pakatan Harapan) akan cuba terangkan kepada rakyat, bagi mengembalikan keyakinan mereka,” katanya kepada FMT, semalam.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kesal dengan isu itu, turut mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat.
“Apa pun, ia telah berlaku. Amat dikesali perkara sedemikian berlaku dan sudah tentu kami ada sebab tersendiri dan PKR juga mempunyai alasan mereka.
“Kami memohon maaf kepada pengundi Malaysia dan Sarawak, kerana tidak dapat memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi apa pun, kami perlu teruskan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri satu ceramah DAP, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR semalam menegaskan, mereka tidak akan menarik diri daripada enam kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, seperti yang dicadangkan sekutunya, DAP.

2 comments:

  1. Kalau dah isue calun DUN pun sudah kecoh bagaimana rakyat amnya dan pengundi khususnya hendak melatakkan keyakinan dan percaya yang pakatan harapan dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi rakyat mungkin pabila sudah menang dalam PRU14 nanti dan dapat tadbir negara para calun akan merebut jawatan menteri pula terutama menteri yang boleh memberi pulangan lumayan pada penyokong dan kroni masing-masing ,jadi lebih eloklah biarkan saja UMNO/BN menopoli semua peti undi nanti bak kata pepatah biar puteh mata jangan patah tulang,bengong punya pemikiran pembangkang yang konon hendak menang dalam PRNS ni sama saja denga pendirian PAS bertanding hanya untuk jadi penasehat UMNO.Puih!!!!!

    ReplyDelete
  2. Lebih dari kecewa,sedih,bengang...fedup ngan bn asyik masuk tembolok sendiri..lagi fedup ngan pembangkang..juga jaga tembolok sendiri..poodah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa