Saturday, May 28, 2016

Ini rupanya yang Khalid dituduh anti Hudud..........pada yang tuli atau tak faham Melayu tu, ada ditulis secara verbatim pada link

# adakah private bill ini tepatnya berkenaan Hudud?
Cer baca apa yang Najib kata di sini: Najib sahkan RUU persendirian yang dibawa Abdul Hadi bukan hudud
Rupanya masih ramai yang tak faham dan buta Bahasa Melayu. Kalau Cina dan India tu memang tak hairanlah, ini Orang Melayu pun tak faham jugak terutama disebelah pihak yang bodoh sombong tu!

Saturday, May 28, 2016
Video Perbahasan Berhubung Usul Peribadi YB Marang Berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah

Saya telah menerima beberapa teguran dan kritikan berhubung ucapan saya di Parlimen pada hari Khamis 26 Mei yang lepas. Ada yang menuduh saya menolak dan membantah usul tersebut dibentangkan untuk dibahas.

Saya sertakan di sini video ucapan saya di sini. Harap tonton dan dengar sendiri samada tuduhan tersebut adalah tepat. Pada saya amat jelas saya menyokong TS Speaker dan bersetuju ianya boleh dibentangkan. Cuma yang ditanya adalah berhubung kaedah istimewa bagaimana usul persendirian tersebut berjaya diberikan keutamaan. Ini adalah kerana saya turut mahu belajar kaedahnya supaya dapat diamalkan. Manalah tahu, mungkin saya juga akan bawa ‘usul persendirian’ suatu hari nanti.

Terdapat juga pihak yang telah bersusah payah menulis ucapan saya secara verbatim. Saya ucapkan terima kasih dan sertakan juga di sini untuk dimuat turun bagi yang mungkin ada masalah pendegaran. Ini juga satu kemungkinan kerana lain yang dicakap dan lain pula yang dituduh.

Yang paling mengejutkan adalah tuduhan sedemikian turut dilemparkan oleh pimpinan parti sejarah lama. Bagi saya ianya hanya mengesahkan lagi bahawa parti tersebut telah menjadi parti pemfitnah dan maki hamun. Alhamdulilah Allah telah menyelamatkan saya dan rakan dari terus bersamanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

1 comment:

  1. Ini lah Pas.......menghukum mengikut hati hati yg busuk dan mengatakan ia adalah islam......hadi pembawa fitnah bukan ruu 355.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa