Monday, May 23, 2016

Kenyataan Media SAMM Selangor

Kenyataan Media
22 Mei 2016

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PH HADAPI PRK SG.BESAR

Umum telah ketahui PRK Sg.Besar dan K.Kangsar akan diadakan serentak iaitu 5 Jun untuk penamaan calon dan 18 Jun hari mengundi, berikutan kematian dua ahli parlimen Barisan Nasional yang mewakili kawasan tersebut.

SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sg. Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sg Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

SAMM Selangor juga tanpa berselindung menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Md Sabu (presidenya) bagi bertanding di Parlimen Sg. Besar. Parti Amanah harus menghantar general perang terbaiknya dan sosok Md Sabu adalah pilihan tepat.

Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

Sg. Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sg Besar.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana ini PRK terkahir menjelang PRU akan datang. PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan PH di Sg. Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan PH pada PRU-14.

SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH. Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sg Besar.

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa