Monday, May 23, 2016

Kita tengok anu sape yang layu: Cabar atau tunjuk angkuh sombong?

Azmin tidak akan berani pecat Exco Selangor, kata Dr Zuhdi
 | MALAYSIA DATELINE
Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi MarzukiTimbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada hak untuk memecat tiga exco Pas Selangor.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pas juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.
Azmin dijangka tidak akan berani memecat tiga Exco Pas di Selangor yang sepatutnya dilakukan pada hari ini (Isnin) iaitu Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dan Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
“Kena ingat, Pas tidak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tidak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tidak ada kerajaan, kita memang tidak takut dengan ugutan.
“Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan, tapi dia tidak boleh pecat, selagi tidak dapat perkenan Sultan, dia tidak boleh pecat,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas Pusat pada Ahad lapor portal Agendadaily hari ini.
Zuhdi menambah, serangan Azmin itu tidak akan sesekali menjejaskan hubungan Pas dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, Pakatan Harapan masuk pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan,” katanya.
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu menunggu tindakan daripada Azmin sama ada ingin terus memecat tiga exco Pas di Selangor atau tidak sebelum membuat sebarang kenyataan ekoran keputusan muktamad parti itu bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar..
“Pasal Azmin itu kita tunggu dia buat (pecat) atau tidak,” katanya seperti dipetik.
PKR dikatakan berbuat demikian kerana mahu bertanding di kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh Pas.
Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, jelas Abdul Hadi lagi, parti itu bagaimanapun tetap akan meletakkan calon dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Ya, Pas akan bertanding, tentang calon, Jawatankuasa Pilihanraya Pas akan beritahu nanti,” tambahnya.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

1 comment:

  1. Biarkan saje PAS bertanding tak paham2 lagi ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa