Wednesday, May 25, 2016

Setuju benar weh: Lebih Baik PKR Sertai Blok Ketiga

Green Boc   3:57 PM

KENYATAAN MEDIA

AMANAH Bukit Katil berasa keciwa dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Harapan yang gagal menyelesaikan isu berkaitan dengan calon PH bagi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. 

Kemelut ini sepatutnya tidak berlarutan sebegini rupa sehingga membuat rakyat semakin meluat dengan pakatan pembangkang yang tidak habis-habis berpolitik sesama sendiri. 

Malah AMANAH Bukit Katil melahirkan bahawa PKR seolah-olah merasakan mereka abang besar atau abang long dalam PH sehingga sewenang-wenang membuat keputusan sendiri dalam beberapa hal. 

Oleh kerana itu AMANAH Bukit Katil ingin mencadangkan kepada beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Cadangan-cadangan kepada parti-parti pembangkang. 

1) PKR segera sertai Blok ke 3 bersama PAS dan Ikatan 

2) PH berbincang dengan Blok ke 3 (PAS, PKR dan Ikatan) untuk memastikan 1 lawan 1 dengan BN pada 2 PRK Sg Besar dan K.Kangsar serta juga pada PRU 14 nanti. 

3) PKR tidak perlu meletakkan sebelah kaki dalam PH dan sebelah tangan bersama PAS (blok 3) 

4) Jika cadangan menjadi realiti saya yakin kedua-dua blok pembangkang mudah melaksanakan kerja masing2 dan mudah untuk membuat keputusan samada ingin berlawan dengan BN secara 1 lawan 1 atau 3 penjuru. 

Mohd Sofi Abdul Wahab 
Ketua Parti AMANAH Negara 
Kawasan Bukit Katil

3 comments:

  1. Your Article Is This Very Helpful Thanks For Sharing...!!!

    ReplyDelete
  2. Sokong pkr kartel azmin gabung PASIk

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt cartel azmin sertai blok 3.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa