Tuesday, June 28, 2016

Hapuskan dominasi parti politik dalam urusan keagamaan.....

Bagi ADMIN secara peribadi elok kerajaan tutup Pusat Zakat dan lantik amil dari dari syarikat2 consultan yg mahir dan berpengalaman.. rasanya dlm masa 2 tahun sahaja masalah kemiskinan dari kalangan umat islam akan dapat diselesaikan..

Dalam masa 3-5 tahun masalah perkembangan ekonomi serta tahap pendidikan umat islam akan dapat diatasi dan ditingkatkan dan dalam tempoh 10 tahun ekonomi dlm bidang pertanian, perikanan, ternakkan, industri dan jaringan perniagaan umat islam akan pesat berkembang.. "Boikot PPZ dan Baitulmal"

ASNAF ZAKAT MALAYSIA..

Banyak Syarikat consultan muslim yg boleh ambil alih peranan pusat zakat.. tidak  perlu bayar upah pun sebab mereka akan dibayar 1/8 dr hasil kutipan zakat sebagai Amil yg bertauliah..

Sudah tentu pihak syarikat consultan yg dilantik akan berusaha mengembangkan rangkaian perniagaan umat islam domestik dan antara bangsa kerana mereka juga akan mendapat labanya sebanyak 1/8 dari keuntungan tersebut melalui agihan wang zakat kepada Amil..

Mereka juga akan menghantar seramai mungkin para pelajar islam melalui Asnaf Fisabilillah untuk menuntut ilmu di dalam pelbagai bidang di luar negara kerana para pelajar tersebut akan kembali dan bekerja di dalam jaringan syarikat2 perniagaan milik "Asnaf Zakat Malaysia.."

Malah "Asnaf Zakat Malaysia" sendiri akan mampu mendirikan kolej2 bagi melahirkan para pelajar dalam jurusan Engineering dan Teknokrat.. boleh namai kolej tersebut dgn nama Kolej Al-Jazari atau Al-Batani

Boleh juga dibangunkan pusat pendidikan di dalam bidang perniagaan (segala jenis perniagaan yg menepati syariat) tenaga pengajar bukan mereka yg berkelulusan Business Study tetapi haruslah mereka itu dipilih dari tokoh2 yg berjaya di dalam perniagaan masing2 kerana mereka mempunyai motivasi diri yg cukup tinggi walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan akedemik... " Admin suka dgn nama "Khatijah Business School"

Mereka juga boleh bangunkan jaringan IKS untuk produk2 makanan halal, bermutu serta berkhasiat dan yg penting terhindar dari unsur2 syubhah..

Insyaallah.. dengan kutipan zakat dan baitulmal yang mencecah Bilion ringgit setiap tahun tidak mustahil dalam masa 15 tahun "Asnaf Zakat Malaysia" mampu membuka kilang automotifnya sendiri bagi menyaingi kilang Proton dan Produa.. Jika kerajaan tidak mengizinkannya mereka boleh buka industri tersebut di Indonesia..

Jika "Asnaf Zakat Malaysia" mampu kita lestarikan maka tidak mustahil ianya akan menjadi model contoh buat jiran2 kita di Indonesia, Singapura, Thailand dan Philipina.. pada ketika itu jaringan Asnaf Zakat Malaysia sudah boleh menjalankan hubungan dua hala dgn asnaf2 zakat di seluruh Nusantara...

Ingat...!!

Selagi kita berdiam diri serta memekakkan telinga dgn penyelewengan yg berlaku dlm Pusat Pungutan Zakat dan Baitumal sekarang ini, maka selagi ikutlah dosa2 kita akan dihisab oleh para malaikat..

Kita WAJIB gerakan kesedaran umat islam dalam negara hingga kita mampu swastakan pungutan dan agihan zakat..

Perkasakan Asnaf Zakat Malaysia..

Jangan serahkan Wang Zakat dan Baitulmal kepada Khaldai2 Politik untuk mengagihkanya.. kerana  kesemua mereka adalah "Haiwan Ternakan Pemerintah"..

Kaedah tradisi yg kita amalkan sekarang ini umpama kita menyerahkan berguni2 gandum setiap tahun buat santapan para pemerintah dan khaldai2 perlihara mereka..

Teuku Zacharyah Iskandar
26/06/2016
10:07 pm

1 comment:

  1. Agama Islam sedang mengalami nasib sepert Agama Kristian di era Pra revolusi Peranchis di mana ianya digunakan sebagai alat untuk menindas rakyat.
    Kini tokoh-tokoh agama di Malaysia membisu dengan ketidakadilan kerajaan, sebalik bersekongkong dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak tepat yang memberi gambaran negatif kepada kemurnian Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa