Saturday, June 18, 2016

Keputusan tak rasmi dari malaysiakini

 Hari ini, 6:43 petang      Hari ini, 7:55 malam
Tak rasmi: BN menang di kedua-dua parlimen
7.52pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memang di kedua-dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
AMANAH beri PAS saingan hebat
7:20pm: Setakat ini, keputusan tidak rasmi dari kedua-dua Sungai yang Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan AMANAH memberi PAS saingan yang hebat.
AMANAH telah meraih lebih 5,500 undi berbanding PAS yang mendapat sekitar 3,000 di Sungai Besar, manakala di Kuala Kangsar parti serpihan itu berjaya memenangi lebih 3,500 undi berbanding PAS yang mendapat kurang sedikit daripada 2,500 undi.
BN bagaimanapun terus mendahului di kedua-dua kerusi itu dengan selesa dengan undi yang dimenanginya mencecah hampir 10,000 di Sungai Besar dan 7,000 di Kuala Kangsar setakat ini.
Walaupun, jika digabungkan undi kedua-dua parti AMANAH dan PAS, pembangkang benar-benar memberi BN cabaran hebat.
Masih terlalu awal, kata DAP Perak
7.00pm: Kuala Kangsar – Mengulas corak pengundian, Setiausaha DAP Perak Wong Kan Wong berkata masih terlalu awal untuk menentukan nasib parti-parti bertanding.
Katanya, masyarakat Cina di kawasan separa bandar mengundi BN tetapi di kawasan bandar mereka memilih AMANAH.
BN rampas kawasan Cina terbesar di Kuala Kangsar
6.50pm: Kuala Kangsar – BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina. Parti itu mendapat 568 undi (52.3 peratus).
AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS pula hanya mendapat 88 undi.
AMANAH kalah di kesemua saluran kepada BN.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS, ketika itu bersama Pakatan Rakyat, menang 68.2 peratus undi.
Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen itu.
Dentuman mercun BN sudah berbunyi
6.30PM Sg Besar – Penyokong Umno kelihatan bermain mercun berhampiran pusat gerakannya.
Kiraan tidak rasmi pada masa ini menunjukkan calonnya di depan, diikuti AMANAH dan PAS di tempat ketiga.
Ketua Umno bahagian Datuk Jamal Md Yunos dalam kumpulan  WhatsApp mengumumkan BN sudah menang seawal jam 5.30 petang tadi.
Polis bagaimanapun kemudian datang dan merampas mercun-mercun itu.

AMANAH di tempat kedua, ekori rapat BN
6.30pm: AMANAH terus jarakkan diri daripada PAS dan mengejar rapat BN.
SUNGAI BESAR
BN 1638
PAS 430
AMANAH 972

KUALA KANGSAR
BN 1067
PAS 309
AMANAH 797
BEBAS 8
Kiraan awal BN di depan
6.10pm Kiraan awal mendapati BN mendahului di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
SG BESAR BN: 502 PAS: 184 AMANAH: 391
KUALA KANGSAR BN: 289 PAS: 98 AMANAH: 92 BEBAS: 4  
74% mengundi di Sg Besar 
5.38pm: Sg Besar - Peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 74 peratus. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos.
Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi  sebanyak 88 peratus.
71% mengundi di K Kangsar
5.29pm: Kuala Kangsar - Peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 71 peratus. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos.
Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi  sebanyak 84.1 peratus.








Peti undi ditutup
5pm: Semua pusat pengundian bagi pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ditutup selepas 13 hari kempen sengit untuk memenangi hati dan minda pengundi.
Bertentangan dengan jangkaan sebelum ini, peratusan keluar mengundi dianggap tinggi.
Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang sedang mengira undi bagi kedua-dua kerusi Parlimen yang keputusannya akan memberi isyarat yang jelas sama ada kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ataupun pembangkang.
Pengkritik Najib termasuk mentor yang kini menjadi seterunya, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi untuk menganggap pilihan raya kecil sebagai pungutan suara ke atas perdana menteri.
Keputusan juga bakal mencerminkan apa yang menurut penganalisis politik percaya sebagai kekecewaan dan keletihan dengan pertengkaran parti-parti pembangkang akan menjadi kenyataan.
Pertandingan bagi merebut kerusi kawasan majoriti Melayu juga penting kepada PAS dan parti serpihannya, AMANAH.
Baru setahun jagung, PAS menuduh AMANAH sebagai boneka DAP yang mahu membolot undi orang Melayu.
Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi berdepan dengan calon AMANAH Azhar Abdul Shukur, dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.
Sementara itu di Kuala Kangsar, BN meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid mempertahankan kerusi arwah suaminya menentang ahli fizik nuklear AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Dua kekosongan itu wujud apabila penyandangnya Tan Sri  Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) terbunuh bersama-sama dengan empat yang lain dalam nahas helikopter baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa