Tuesday, June 21, 2016

Masalah betul bila pemimpin berfikir menggunakan apa haa......kesian PAS!

21 Jun 2016
PAS Meroyan Bila Sendirian....
PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR 

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 

Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang. 

“Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH. 

"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini. 

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu. 

"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya. 

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang. 

Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi. 

Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN. 

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk. 

Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa. 

Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV. 

ULASAN GB 

Makin meroyan Nik Amarkini. Begitu juga kebanyakan ahli PAS yang terpekik terlolong seolah-olah mereka telah menang walhal hakikatnya mereka pun kalah juga. 

Maka dicarinya justifikasi untuk menunjukkan undi mereka lebih dari AMANAH dan salah satunya ialah menyatakan PAS besendirian sedangkan AMANAH dibantu oleh dua parti lain iaitu DAP dan PKR. 

PAS melupakan hakikat bahawa parti politik ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya. Samada parti politik itu kemudian bergabung untuk membentuk satu entiti yang lebih besar seperti Barisan nasional atau Pakatan Harapan itu adalah hak masing-masing. 

Malah PAS sendiri membentuk bloknya sendiri dinamakan Blok Ketiga, TETAPI malangnya tiada parti lain yang ingin menyertainya kecuali IKATAN, maka terbentuklah PASIK. 

Jadi PAS sebenarnya mendapat sokongan IKATAN semasa PRK yang lalu walaupun IKATAN hanya mempunyai 79 orang ahli. 

Kerana cemburu dan irihati dengan AMANAH yang telah mendapat sokongan dari dua parti yang besar iaitu DAP dan PKR maka dijerit-jeritlah anggapan mereka, AMANAH hilang deposit jika tiada dua parti berkenaan menyokong. 

PAS pernah cuba untuk mencari rakan yang lain menyertai bloknya.

"Kongres Rakyat" yang dianjurkan PAS pada tahun lepas misalnya, PAS mendakwa bakal menghimpunkan lebih 200 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik berhimpun. 

Bila PAS dicabar untuk memberikan nama-nama 200 NGO berkenaan, terkedu dan terpinga-pinga pihak penganjur dengan memberi pelbagai dalih kerana tidak dapat menyediakan nama-nama berkenaan. 

Kemudian baru-baru ini dilaporkan 500 NGO akan bersama PAS terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

500 NGO? Sekali dengar menggerunkan. Tapi ramai percaya, NGO-NGO itu adalah rekaan semata-mata dan banyaknya yang tidak berdaftar. Keahliannya pun diragukan. Mungkin ada Persatuan Kompang, Persatuan Main Congkak, Pertubuhan Nelayan kampung Nyior dan lain-lain. 

Jika PAS kata boleh kuat secara bersendirian mengapa terpaksa mendapat sokongan 200, 500 NGO yang lain?

Malah salah seorang Naib presiden PAS mengakui PAS tidak boleh sendiirian menghadapi PRU14. 

Demikianlah labun PAS dalam era politik semasa. Dan biarlah PAS terjun dengan labun-labunnya. 

GB tertarik dengan ulasan Pak Shukur Harun... Katanya: 

Biarkan pemimpin PAS menghina, memfitnah & mencaci AMANAH, tapi realitinya parti 62 tahun itu hampir ke garis penamatnya. 

Buasanya ayam yang hendak mati, tendangan terakhirnya sangat kuat.


p/s
Sekadar untuk renungan semua, dari analisa ringkas di bawah kita boleh mengetahui masa depan AMANAH yang baharu pertama kali masuk pilihanraya di dalam arus politik Malaysia.

Dicatat oleh Green Boc di 6:31 PTG

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa