Wednesday, June 22, 2016

Surat terbuka untuk Presiden Amanah

*SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN AMANAH; 2 PILIHAN YANG NYATA; POLITIK IKHLAS YANG BAKAL SELAMATKAN NEGARA ATAU POLITIK KRONISME YG BAKAL JAMIN "DEDAK" NAMUN NEGARA BAKAL HANCUR DI BAWAH BN*

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan presiden. Diharap tuan sudi membaca warkah ini walaupun sedang kepenatan akibat kempen di dua PRK. Sebenarnya saya sudah lama ingin menulis warkah ini namun menangguhkannya kerana menunggu selesai 2 PRK. 

Sejujurnya bagi 2 PRK ini saya rasa lebih sesuai jika Amanah hanya menumpukan kepada satu kerusi saja iaitu K Kangsar memandangkan faktor jentera dan juga faktor PKR lebih berpotensi untuk menang di Sg Besar kerana MB adalah dari PKR dan sudah tentu pas juga akan lebih cuak untuk bertanding melawan MB mereka. 

Sememangnya boleh dijangka bahwa BN akan menang mudah disebabkan perpecahan pembangkang namun yang menjadi rebutan sebenar ialah tempat kedua. Jika PH berjaya mendapat tempat kedua di kedua2 kerusi dan pas tempat tercorot maka lebih mudahlah untuk memaksanya ke meja rundingan, namun keputusan Kuala Kangsar menunjukkan sebaliknya, maka Pas akan terus dengan sikap besar kepalanya apabila mampu mendabik dada berjaya "mengalahkan PH" di KK. Ada beberapa perkara yang saya perhatikan sepanjang kempen di KK yang saya hadiri;

1. "ketakutan" pengundi melayu kepada Dap sepatutnya dibanteras oleh PH dengan menghantar penceramah2 Dap cina ke kampung2 melayu supaya pengundi melayu boleh rasa selesa dengan pemimpin Dap. Sebaliknya PH sendiri terikut rentak musuh apabila menghadkan penceramah cina berceramah di kawasan cina saja.

2. Susunatur program penerangan yang agak caca merba. Jika ianya dibuat dengan lebih teratur dan tersusun maka sudah tentu impaknya lebih baik lagi. Ada cramah yang sepatutnya saya hadiri tetapi tempatnya tidak dijumpai dan picnya tidak dapat dihubungi. Ada yg langsung tiada poster atau ada poster gambar penceramah tidak lengkap dan yang lebih teruk penceramah yang ada gambarnya di poster tetapi langsung tidak muncul untuk berceramah (ini seolah2 menipu orangramai).

3. Isu "HUDUD" atau RUU Akta 355 merupakan isu utama pada prk ini kerana ia melibatkan kawasan melayu. Namun dalam menangkisnya pemimpin2 PH tidak menggunakan nada yang sekata sehinggakan ada yang bersikap provokatif dan menyentuh sensitiviti agama. Sebenarnya bagi saya ianya isu yang mudah jika dijawab menggunakan FIQH AWLAWIYAT iaitu keutamaaan menjatuhkan pemerintah bn yang zalim dan menindas berbanding perkara2 lain.

4. Cakap berlapik contohnya perkataan INSHA ALLAH. Rasulullah SAW sendiri wahyu tidak turun agak lama kerana Baginda SAW tidak menyandarkan dengan INSHA ALLAH. 

Tuan dalam ceramah memperkenalkan calon di k.kangsar telah menyatakan dengan yakin bahawa Amanah akan menang di kedua2 prk tanpa menyandarkannya dengan inshaaAllah. Dalam majlis yg sama juga ust ahmad awang telah dijemput diakhir majlis untuk membacakan doa. 

Apa salahnya jika beliau dijemput untuk menyampaikan "pesanan dan kata2 perangsang kepada para pengundi dan petugas DAN SETERUSNYA membacakan doa. Ini utk menangkis dakwaan yg mengatakan ustz2 dlm Amanah hanya tukang baca doa saja.

MAMPUKAH AMANAH GANTI PAS?

Rakyat mempunyai harapan yg besar untuk BN ditumbangkan namun selagi tidak ada sebuah parti Islam yg mampu menambat hati masyarakat melayu islam maka harapan tersebut mungkin tinggal jadi angan2. Antara cabaran2 yang perlu diatasi oleh Amanah;

1. Mengangkat martabat ulama utk bukan setakat menjadi pembaca doa tapi benar2 mampu menyumbang kepada ummah. Dlm konteks ini perlukah Amanah mewujudkan dewan ulamanya dan mursyidul am yg tidak sama dengan MA pas dimana kuasanya hanya terhad menasihati presiden/ ajk pusat namun tidak dibawah pengaruh mereka. Tugas ulama2 ini bukan setakat menasihati pemimpin tapi yg lebih penting ialah mentarbiah ahli2 agar menjadi ahli2 yg berkualiti dan mampu menarik lebih ramai rakyat menyertai Amanah.

Ada lagi beberapa isu yg saya ingin tuliskan mungkin di lain kali

PENYERTAAN NON MUSLIM SAMPAI MANA HADNYA?

IKRAM; ADAKAH IA PUNCA KEKUATAN ATAU KELEMAHAN AMANAH

JIKA KRONISME GENG USTAZ MUSNAHKAN PAS JANGAN BIARKAN KRONISME PEMIMPIN TERTENTU PULA MUSNAHKAN AMANAH

WAJARKAH PENGERUSI AMANAH NEGERI2 DILANTIK TERUS OLEH AHLI2 ATAU DILANTIK OLEH PRESIDEN SEPERTI DALAM PAS?

WAJARKAH JAWATAN2 UTAMA DALAM PARTI SEPERTI PRESIDEN DILANTIK TERUS OLEH AHLI2 ATAU AHLI2 TIDAK BERHAK?

SIFAT PEMIMPIN bagi saya sentiasa bersikap tenang, sentiasa senyum dan mesra (Anwar Ibrahim, Barrack Obama, ATGNA), sabar, tidak mudah melatah apatah lagi gagal kawal emosi dan putus asa

Jagalah akhlak sebagai pemimpin parti Islam, dunia sedang memerhati kamu
Pemimpin mudah didekati dan mendekati ahli n rakyat.

Sekali sekala ajaklah ahli2 minum sambil sembang2. Jgn dok berkawan dgn org2 yg sama saja. Bergaullah dengan semua ahli dari berbagai peringkat. Solusi kepada masalah kadang2 datang dari org yg kita tak sangka2 contoh dalam perang khandak. Akhir sekali bang mat orang penang, adakah Amanah penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya utk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain? Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan? Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.

Sekian harap terima secara positif demi perjuangan untuk menyelamatkan anak cucu dan negara tercinta. Maaf jika ada sebarang kesilapan kita manusia biasa tiada yg sempurna
Wassalam

Mejar Zaidi
Bekas ahli Amanah (masih PH)
Kepala batas
19 jun 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa