Wednesday, July 20, 2016

Adakah ini menandakan Najib akan berundur?

Wednesday, 20 July 2016
KENAPA NAJIB TIBA2 MINTA MAAF?

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Najib Razak bagi pihak diri,  isterinya Rosmah Mansor dan anggota pentadbiran kerajaan pada tahun ini memohon maaf semasa berucap di majlis hari raya anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini atau jamuan hari raya di mana-mana pada tahun-tahun sebelumnya.
Saya tak nak berucap panjang, cuma saya nak mulakan ucapan atas nama saya, isteri dan anggota pentadbiran kerajaan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua warga Jabatan Perdana Menteri sekiranya ada kesilapan atau kekasaran yang saya lakukan secara sengaja atau pun tidak, kata Najib dalam ucapannya itu.

Kenapa tiba-tiba Najib memohon maaf?

Adakah Najib kini kian terbeban dengan pelbagai penanggungan yang semakin menyeksa batinnya?

Adakah permohonan maaf ini menandakan Najib akan berundur daripada jawatannya?

Adakah pengunduran Najiib itu ada kena-mengena dengan laporan media antarabangsa bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat akan membuat permohonan untuk menyita beberapa harta yang dianggarkan bernilai RM1 bilion yang ada kaitan dengan 1MDB?
Menurut laporan WSJ, bahagian aset Jabatan Keadilan AS akan memfailkan saman sivil pada pagi Rabu (waktu AS) bagi memohon kebenaran menyita aset-aset yang dicurigai itu.

Apakah harta anak tiri Najib, Riza Aziz akan terlibat sama dalam penyitaan yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS itu?

Bermakna, menjelang esok, tindakan Jabatan Keadilan AS itu adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Atau mungkinkah permohonan maaf itu sebagai tanda Najib akan mengadakan pilihanraya mengejut dalam waktu yang terdekat ini? (SH 20/07/2016). - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa