Sunday, July 17, 2016

Alaa.......ini bukan apa, saja buat-buat keras mulut sedangkan lutut dah pun ketaq!

Sunday, 17 July 2016
PATUTLAH 'KOTOR' NAJIB PUN TAK NAMPAK!!

Dua  pemimpin UMNO (kali ini malas nak sebut nama) memberi ulasan yang agak pelilk berhubung parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Seorang daripadanya berkata, dengan penubuhan parti baru itu ia merupakan tamparan buat PKR, DAP dan Amanah kerana ia menunjukkan ketidakyakinan bekas Perdana Menteri itu terhadap ketiga-tiga parti sedia ada itu.

Kalau Tun Mahathir yakin dengan rakan-rakan dalam pembangkang, beliau tidak perlu keluar daripada persaraannya untuk menubuhkan parti sendiri, kata pemimpin tersebut.

Seorang lagi pemimpin UMNO pula berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai bukti Pakatan Harapan tidak menerima Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz, untuk menyertai mana-mana parti sedia ada.

Kata pemimpin terbabit, Pakatan Harapan tidak sedia menerima pemimpin seperti Tun Mahathir kerana tahu niatnya menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Tidakkah komen dan reaksi kedua-dua pemimpin tersebut kelihatan pelik? 

Apakah sebagai menteri, mereka tidak sedar bahawa penubuhan parti baru itu telah pun dialu-alukan oleh Pakatan Harapan sebelum pun ia ditubuhkan lagi?

Tidakkah kedua-dua menteri itu sedar bahawa selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengumuman bahawa sebuah gabungan pembangkang baharu melihatkan PKR, DAP, Amanah dan parti yang akan ditubuhkannya akan muncul untuk menyaingi BN dalam pilihanraya akan datang?

Lebih dari itu, meskipun dengan adanya parti baharu, ia bukan bermakna wujudnya permusuhan atau perselisihan sesama sendiri, sebaliknya tetap bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menentang BN.

Dengan semua alasan itu, maka di mana munasabahnya hujah kedua-dua menteri terbabit?

Penubuhan parti baru sama sekali tidak ada kena kaitan dengan soal ketidakyakinan Tun Mahathir untuk menyertai PKR, DAP dan Amanah atau sebagai bukti Pakatan Harapan tidak mahu menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke dalam mana-mana parti.

Penubuhan parti baru itu sebenarnya lebih bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan sokongan di kalangan rakyat, di samping mengekalkan sokongan sedia ada untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang.

Bukankah lagi banyak parti lagi meluas jangkauan sokongan yang boleh dicapai?

Jika kewujudan satu parti merupakan sesuatu yang lebih baik, mengapa tidak ditukar saja BN menjadi sebuah parti tunggal yang dianggotai oleh  semua komponennya?

Soalnya, adakah kedua-dua pemimpin tersebut tidak melihat kewujudan sokongan yang sudah ditunjukkan oleh Pakatan Harapan terhadap Tun Mahathir itu?

Tidakkah mereka  juga melihat bagaimana bukan sekadar sokongan yang diberikan, malah hubungan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut makin akrab sejak akhir-akhir ini?

Adakah sesuatu yang pelik apabila perkara semudah itu pun tidak mampu dilihat oleh kedua-dua menteri tersebut?

Ia tidaklah pelik sebenarnya, sebab itu pemimpin yang sama tidak nampak "kekotoran" yang ada pada Najib, tidak nampak isu 1MDB, tidak nampak memiliki wang ribu-ribu juta sebagai suatu kesalahan, tidak nampak pembaziran serta macam-macam salah laku yang lain dan terus mempertahankannya, meskipun seluruh dunia sedang memandang serong dan mencemuh Perdana Menteri kita. (SH 17/07/2016).- sumber asal

2 comments:

  1. depa nampak tapi takut hilang jawatan sekiranya parti lain memerintah

    ReplyDelete
  2. Amacam pentekedaghah DEDAK skang ni....
    Tak teringin ke nak berlumbe2 tolong saman budak Fuzz(pelawak singapura) yg kate kat singapore pencuri dorang call thief....tapi kat Malaysia pencuri they call "Perdana Menteri"
    Takkanlah semua PENDEDAK hanya berani buat repot polis kat Malaysia je !!!
    Ke HARI SELASA dah takda lagi ujud.....
    Ker Guane TUANG PRESIDENG !!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa