Thursday, July 28, 2016

JHET Kelantan: Mesyuarat atau makan angin di Krabi?

Netizen dikejutkan berita mesyuarat JHET Kelantan di Krabi, Thailand
27 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Sayuti Omar

Ketika seluruh negara digegar dengan skandal kehilangan wang negara berbillion ringgit dan suasana rakyat bawahan semakin terdesak dari segi sara hidup, komuniti siber dikejutkan dengan berita wakil rakyat dan jawatankuasa pengurusan tanah Kelantan bermesyuarat di Krabi, Thailand.Mesyuarat di Krabi
Mesyuarat di Krabi

Penulis terkenal, Mohd. Sayuti Omar menulis di status facebooknya, "hormat semua, pagi ini dapat khabar satu rombongan terdiri daripada kesemua wakil rakyat Pas, para penyelia Dun bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah seluruh Kelantan bersama dua orang Exco bertolak ke Krabi Thailand," merujuk kepada berita ini.
Gambar yang tersebar di media sosial

Beliau yang melahirkan rasa terkejut, bertanya, "Apakah untuk bermesyuarat menyelesaikan masalah rakyat atau makan angin?

Kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakub katanya menganjurkan penjimatan wang rakyat, tetapi masih ada rombongan besar ke luar negeri.

"Itu memakan belanja bukan sedikit," katanya.

Beliau terus menyoal, kalau setakat nak bermesyuarat kenapa harus ke negara orang, tidak bolehkah diadakan di negeri sendiri.

"Apakah tak ada dewan besar untuk memuatkan anggota mesyuarat itu," katanya.

Beliau seterusnya merayu pemerintah Kelantan "supaya tolonglah kawal nafsu sikit ingatkan kepada kesusahan rakyat".

Kalau ada duit lebih katanya, lebih baik digunakan untuk dibelanjakan beli lori sampah yang kini jelas diperlukan rakyat.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa