Sunday, July 24, 2016

Kenyataan Hadi isu 1MDB: Malas aku nak komen, korang nilailah sendiri!

Desak Najib 'berehat' bukan urusan saya, kata Hadi
mk  -   Hari ini 24 Jul. 2016, 12:38 tengahari 
PAS tidak berhasrat untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat ekoran isu skandal 1MDB.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal berkenaan, lapor Sinar Harian.

"Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun anggota parlimen Marang itu berkata, PAS tetap mahukan siasatan secara adil dalam kes melibatkan skandal 1MDB.

Malah, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengelak dan menutup ruang kepada pihak asing untuk campur tangan dalam siasatan berkenaan.

"Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.

"Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar," katanya.

Selain itu, beliau turut berkata, PAS konsisten dengan pendirian mahu mengambil alih kerajaan melalui demokrasi dan secara bermoral

# Ulor ke ape?

1 comment:

  1. Ini kes negara dan duit rakyat. Bukan pihak BN sahaja perlu desak, tetapi semua rakyat yang ada tanggungjawab perlu desak najib ini. Samada BN atau pembangkang perlu buat sesuatu. Kalau jawapan "Itu bukan kerja PAS...juga bukan urusan saya". Hoooi...baik kau letak jawatan presiden PAS sekarang...aku ahli PAS seumur hidup dah pandang kecik je kau ni hadi. Mu gilo ni hadi!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa