Friday, July 1, 2016

Perkara macam ni pun dijadikan bahan fitnah?

Viral Kanak-Kanak Mati Terkena Renjatan Elektrik
Posted by Kita Bantai » national » 1 July 2016
Georgetown: Polis menafikan klip video kejadian seorang kanak-kanak perempuan mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam kolam renang yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu, berlaku di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Ketua Polis DaerahTimur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati kejadian itu tidak di hotel berkenaan dan besar kemungkinan berlaku di tempat lain.

"Kami tidak menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan pemeriksaan
mendapati kes berkenaan tidak berlaku di hotel dinyatakan dalam viral itu serta hotel lain di negeri ini.

"Malah, kita tidak menolak kejadian yang menyayat hati itu berlaku di luar negara.

"Sehubungan itu, kita meminta orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran klip video berkenaan yang kononnya berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Klip video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak perempuan itu tidak mampu menahan kesedihan apabila terkejut selepas mendapati anak perempuannya maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam kolam renang.

Sementara itu, pengurusan Hotel Equatorial Pulau Pinang menafikan kejadian itu berlaku di hotel berkenaan.

Eksekutif Perhubungan Awam Hotel Equatorial Pulau Pinang Gillian Tan berkata, pihaknya terkejut apabila nama hotel terbabit dikaitkan dengan penyebaran video berdurasi 28 saat itu.

"Kami benar-benar terkejut dengan penyebaran klip video berkenaan sehingga menjelaskan imej hotel.

"Kejadian itu sebenarnya bukannya berlaku di sini dan kami dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab mengaitkan nama hotel kami," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada sebarang laporan polis dibuat berikutan pihak hotel tidak mahu mensensasikan isu berkenaan kerana tidak ada kena mengena dengan kejadian itu.

"Kami berharap agar orang ramai tidak keliru atau percaya dengan klip video berkenaan," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa