Tuesday, August 23, 2016

59 Tahun Merdeka : Malaysia Miliki Kabinet PM Najib Mangkuk Hayun

Posted on Tuesday, August 23 @ 11:57:55 MYT by paktam
Penulis Tamu
Oleh  DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Saya terkejut dan tergelak bila membaca kenyataan Datuk Johari Ghani Menteri Kewangan ke 11 samasa merasmikan mesyuarat agong Umno bahagian Cheras yang menyatakan sebenarnya semua yang berada dalam pengurusan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggung jawab. semuanya mangkuk hayun.Katanya mereka inilah yang menyebabkan nama PM Najib tercalar.

2. Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang sebagai seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu Skandal Negara 1MDB.Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 (memorandum & Artikel of Association) M&A  1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat olih 1MDB. Artikel 117 dengan jelas menetapkan semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta yang bolih memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri.

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA: PM DAN MENTERI MANGKUK HAYUN

3. Apakah Datuk Johari masih nak meletakan kesalahan itu kepada pengurusan.Sedangkan sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri.Dan sekarang telah dipinda kepada persetujuan bertulis Menteri Kewangan yang batang tubuhnya adalah orang yang sama dengan PM iaitu Najib.

4. Adakah Datuk Johari bermaksud PM Najib hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta olih pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa apa sewaktu menanda tangani persetujuan tersebut.Jika inilah maksudnya ini bermakna PM Najib memang Mangkuk Hayun.Saya sedang bayangkan apa akan jadi pada negara Malaysia pada masa akan datang dengan PM mangkuk hayun dan menteri menteri mangkuk hayun yang mengurus tadbir negara dalam keadaan mereka tak tahu apa apa.

5. Gaya pentadbiran Malaysia ialah PM dan Menteri tak perlu tahu apa apa.Cukup dengan kebolihan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka.Jika ada masaalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab.Pengurusan mangkuk hayun. Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun Merdeka memiliki Kabinet Mangkuk hayun yang terdiri dari PM dan Menteri mangkuk hayun.Saya cadangkan PM dan menteri mangkuk hayun berundur dan mereka bolihlah hayun kaki atau telor mereka kemana mana saja.

#BuangPMMangkukHayun
#BuangKabinetMangkukHayun
#SelamatkanMalaysia

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.30am Taman Al-Walid Alor Setar
23 Ogos 2016/20 Zulkaedah 1437H 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa