Sunday, August 21, 2016

Dah bentang ke?: Dengar apa Pakar Perlembagaan ni kata tentang RUU Akta 355

RUU: Hadi tempelak pihak tak faham perlembagaan
mk -  Hari ini 21 Ogos 16, 12:18 tengahari
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebagai tidak kemas dan bersifat umum.

Kata Abdul Hadi pandangan itu adalah daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.

Memetik keyataan ahli parlimen Marang itu Sinar Harian melaporkan apa yang dibawa beliau ke Dewan Rakyat itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum,

Justeru katanya ia berbeza dengan undang-undang itu sendiri.

“Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang. Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain.

"Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan… mana ada perlembagaan terperinci, perlembagaan kena umumlah,” katanya.

Menurut laporan media sebelum ini, RUU Persendirian yang dibentangkan Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu diperkemaskan kerana didakwa ada perkara tidak jelas.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut mendakwa bahawa kelemahan berlaku dari sudut teknikal yang masih perlu diperbaiki.

Raja Kamarul Bahrin berkata sekiranya perkara itu tidak diperhalusi, ia boleh memberi kesan dari sudut perundangan sendiri.

Sementara itu, PAS berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan mana-mana pihak bagi memberi penjelasan berhubung RUU Persendirian yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu.

Abdul Hadi berkata, penjelasan itu boleh diberikan termasuk untuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU itu kerana menganggapnya tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak (Islam dan bukan Islam),” katanya.

Malah Abdul Hadi berkata, pihaknya pernah mengadakan seminar mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu.

Perjumpaan terbaru kata Abdul Hadi ialah dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang berjumpa pihaknya bagi mendapatkan penjelasan mengenai draf RUU itu.

1 comment:

  1. Amanat hj hadi memang jelas......yg tak jelas pendirian hadi........kenapa tak bentang hudud tengganu dulu yg mana dah diluluskan hadi semasa jadi MB? Bodo sampai ketulang puak2 lebai ni!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa