Tuesday, August 30, 2016

Ini kerja orang gila!

Jambatan kena bakar lagi
MUHAMMAD FAIZ SULONG - 27 OGOS 2016
Daroyah serta wakil pihak terlibat melihat keadaan jambatan di lokasi kejadian.

KLANG - Sikap tidak bertanggungjawab individu yang membakar jambatan awam di Jalan Kampung Kebun Baru, Batu 5, Kapar ini memberi kesan buruk kepada pengguna lain yang akhirnya membataskan penggunaan jambatan berkenaan kepada kenderaan kecil sahaja.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, kejadian vandalisme ini berulang untuk kali yang kedua apabila kejadian pertama berlaku pada Ogos tahun lalu dan ia sudah dibaiki, sebelum dibakar semula pada 17 Ogos lalu.

“Jangan buat tindakan sesuka hati, sesungguhnya perbuatan mengikut nafsu langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan, malah merencatkan segala perancangan bagi penambahbaikan jambatan tersebut.

“Kita dah buat laporan dan harap polis dapat siasat siapa individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat ni.

"Kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang dan keselamatan  penduduk terbela,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Turut hadir, wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 4.

Sementara itu, Ketua Kg Batu 4, Mohd Samsidi Sudri berkata, dia tidak mahu menuduh sesiapa, namun secara peribadi dia merasakan perkara ini seolah-olah seperti perbuatan khianat.

“Saya nak cakap pun tak tahulah, macam ada benda tak kena. Sebelum ini, ketika nak bina semula jambatan, kayu-kayu yang dibeli dan diletakkan di tepi kawasan ini pun boleh hilang dan dirosakkan pada malam sebelum hari pembaikan jambatan dimulakan,” katanya.

2 comments:

  1. Kerja MO1 ni! Dah banyak kali cakap tak tangkap2 pon!

    ReplyDelete
  2. Buatlah jambatan konkrit kita tengok dia nak bakar lagi ke idak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa