Sunday, August 28, 2016

Jangan Sampaikan Mahathir Malukan Anak Megat Junid…

 August 24, 2016
Kenyataan anak kepada Megat Junid semalam yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana menyatakan kebenaran bahawa arwah  bapanya adalah orang yang menandatangan perintah tahanan ISA ketika menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dahulu, selain kurang ajar, adalah satu bentuk kebodohan.

Jika dirujuk semua kes dimana tahanan ISA memfailkan permohonan habeas corpus ke atas kerajaan Malaysia, lihatlah di dalam permohonan itu, nama siapa yang diletak sebagai defendan pertama?  Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan siapa Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sepanjang tempoh 1986 – 1987?

Soal dengan pengetahuan atau kelulusan Dr. M selaku Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri itu tidak timbul kerana initipati kepada kenyataan Dr. M ialah, Megat Junid adalah orang yag menandatangani perintah tahanan tersebut.  Anak Megat Junid perlu membuktikan bahawa bukan bapanya yang tandatangan perintah itu, bukan siapa yang mengarahkan dan sebagainya.

Ingat, Dr. M tidak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tanpa sebab.  Sudah tentu beliau mempunyai dokumen dan fakta untuk menyokong kenyataannya.  Beliau juga mempunyai penyokong setia yang sanggup membuat apa sahaja yang diarahkannya.

Jadi jangan sampai Dr. M memalukan anak Megat Junid ini dengan tindak balasnya nanti, takut tak tertanggung dek badan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa