Monday, August 29, 2016

Ooh...keluar dari mulut Mufti ni rupanya, taklah menjadi pelik!

Demo #TangkapMO1 bertentangan ajaran Islam, kata Mufti
29 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Abdul Rahman Osman

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan demonstrasi yang digerakkan oleh mahasiswa hari ini bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mendatangkan keburukan.

Abdul Rahman beranggapan, jika sesetengah pihak tidak berpuas hati di antara satu sama lain, ia haruslah diselesaikan dengan bersemuka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Forum Solidariti Rakyat Malaysia Menolak Fahaman Extremis dan Ideologi IS, di negeri itu semalam seperti dilapor KiniTV.

Himpunan #TangkapMO1 yang dianjurkan kumpulan mahasiswa hangat dengan beberapa karikatur menyerupai pemimpin negara dipegang peserta di pusat beli belah di Sogo, ibu negara.

Antaranya, gambaran poster yang dilukis tersebut menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low.

# bagaimana pula dengan isu kapir Harbi? Takkah mendatang persoalan dan tak puas hati di satu-satu pihak.malah menyambahkan perpecahan di mana bibit benihnya sudah pun ada?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa