Wednesday, August 31, 2016

Tuah Khir Toyo: Zaharah Reda Khir Toyo Kahwin Lagi

Enggan Beri Komen, Zaharah Reda Khir Toyo Kahwin Lagi
Published on Aug 30, 2016  
KECOH menerusi media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor iaitu, Dr. Mohamad Khir Toyo dengan seorang wanita dikenali sebagai Christine Zanitrah Abdullah.

Laman portal akhbar tempatan berkongsi perasaan isteri pertama bekas menteri besar Selangor itu iaitu Zaharah Kechik berkaitan isu suaminya yang berkahwin untuk kali kedua.

Menurut laman itu, nada suara Zaharah, 51; kedengaran tenang sahaja ketika dihubungi, seolah-olah reda dengan tindakan suaminya itu, meskipun tidak mendedahkan perasaan sebenar yang dilaluinya dalam rumah tangganya itu.

Bekas jururawat itu juga memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang komen berkaitan berita sensasi tersebut.
DR. MOHAMAD KHIR TOYO DAN ISTERI KEDUANYA, CHRISTINE ZANITRAH ABDULLAH.

“Minta maaflah, saya tiada apa-apa mahu diceritakan,” katanya lagi.

Dr. Mohamad Khir, 51; berkahwin dengan Zaharah pada 1990 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Manakala semalam berlangsungnya perkahwinan Christine dan Dr. Mohamad Khir yang diadakan secara tertutup.

Difahamkan Christine telah memeluk Islam pada April lepas sebelum berkahwin dengan mantan pemimpin politik Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha pihak akhbar untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada Dr. Mohamad Khir tidak berjaya kerana dimaklumkan beliau tidak mahu diganggu dan ingin beristirahat. MYNEWSHUB.CC


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa