Tuesday, August 23, 2016

UMNO mesti terima hakikat bahawa MCA telah mati

MONDAY, 22 AUGUST 2016
UMNO MESTILAH MENERIMA HAKIKAT BAHAWA MCA TELAH MATI

MAHATHIR LIHAT DAP SEBAGAI PENGGANTI 

Amat naive jika sesiapa memikirkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diinisiatifkan oleh Tun Dr.Mahathir akan menggantikan UMNO tetapi bayang-bayang UMNO pada Mahathir telah menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO melihat parti ini sebagai pengganti UMNO.

Maka itu pemimpin besarnya Datuk Seri Najib telah mengarahkan media troopersnya terutama TV3 supaya memperkecilkan Mahathir dengan berbagai pencemaran sehingga backlash, menimbulkan simpati yang lebih besar pada Mahathir.

Dalam hal ini senjata yang memakan tuan ialah apabila UMNO memburukan kerjasama Mahathir dengan DAP dengan menolak hakikat bahawa sebenarnya DAP telah menggantikan MCA sebagai wakil orang Cina walaupun ia cuba menggambarkan dirinya sebagai mewakili semua kaum.

UMNO mengutuk Mahathir habis-habisan sebagai pengkhianat bangsa dan agama kerana sanggup berkerjasama dengan DAP tetapi melupakan hakikat bahawa PAS yang merapatinya sekarang pernah berkerjasama dengan DAP untuk  membunuhnya.

UMNO masih buta atau berada dalam denial  syndrom seperti pemimpin besarnya   bahawa sebenarnya MCA,GERAKAN dan  MIC sudah hancur lebur berkarat dan hanya menunggu masa untuk dirasmikan pengkuburannya pada pilihanraya umum akan datang.

Kehadiran ramai perwakilan dalam Perhimpunan Agunya tidak berarti pemulihan sokongan orang Cina kepada MCA malah  pemimpin-pemimpinnya tidak  turut menangkis  berbagai  fitnah  terhadap Najib kerana takut menjauhkan lagi masyarakat Cina dari MCA. Sebabnya dimaklumi oleh pemimpin-pemimpin MCA.

Sekalipun  mejadi rakan UMNO sejak sebelum merdeka  tetapi MCA lebih menjadi duri dalam daging dalam Perikatan dan BN kerana perkauman Cinanya yang terserlah bila UMNO berada dalam keadaan lemah.Dalam pilihnaraya lalu MCA turut bermain  dengan isu- isu popular yang dimainkan oleh DAP.

Selain dari tekanan orang Cina, pada pilihanraya ke 14 nanti, tidak hanya generasi baru Melayu yang menentang UMNO tetapi ramai gulongan pertengahan umur dan juga orang tua-tua Melayu  atau penyokong -penyokong lama UMNO yang kecewa dengan Najib dan Rosmah  menunggu masa untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada Mahathir.

Mahathir tahu dia tidak akan menarik ahli UMNO ke partinya tetapi ramai penyokong senyapnya berada dalam UMNO selain dari penyokong atas pagar. Ahli-ahli UNMO yang akan berpecah belah kerana perebutan kerusi calun menjelang pilihraya juga akan menyokong parti baru ini. Pada ketika itu Najib akan sedar wang bukan lagi raja.

Yang menarik untuk diperhatikan bagaimanakah Mahathir akan berkerjasama  dengan Pakatan Harapan (PKR, Amanah dan  DAP ) bagi memulihkan perpaduan  pembangkang dan bagi mempastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihnarya ke 14.

DAP mestilah  mengambil kira sekiranya Pakatan Harapan mahu berkuasa atau mahu menamatkan kuasa BN maka ia mestilah dapat bertolak ansur untuk meyakinkan hak-hak peribumi tidak dipersoalkan dari segi kedudukan dan sistem pemerentahan. Ini  tidak semestinya dilihat sebagai dominasi Melayu tetapi sebagai tradisi politik negara ini.

Posted by zainudin maidin at 22:42 

1 comment:

  1. Baru sedar MCA dah mati??? Sejak GE13, MCA sudah tenat dan hampir mampus.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa