Friday, September 30, 2016

Ada lagi manusia macam ni di zaman ni?

Enggan beli kerana anak kacukan Melayu-Afrika, penjual 'sekolahkan' individu rasis 
Syafique ShuibAstro Awani |  September 29, 2016 15:20 MYT
Enggan beli kerana anak kacukan Melayu-Afrika, penjual 'sekolahkan' individu rasis
Seorang individu tidak jadi beli produk Noor Akmar Kamaruddin setelah mendapat tahu anaknya kacukan Melayu-Afrika. -Facebook/Emma Adelia
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga atas talian bertindak untuk ‘menyekolahkan’ seorang individu yang tidak jadi membeli produknya hanya kerana anaknya berkacukan Afrika.

Menerusi paparan skrin perbualan yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Noor Akmar Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Emma Adelia di Facebook, ia bermula apabila seorang individu bertanyakan tentang produk yang dijual.

Apabila Noor Akmar berkongsi tentang produk dan harganya, soalan yang ditanya menyentuh kepada perihal peribadi.

“Gambar di Facebook itu anak ke?

“Kalau anak Afrika, saya minta maaf. Saya tidak mahu berurusan dengan 'Sis'. Suami saya tidak izin saya terlibat perkara yang berkait dengan Afrika,” kata individu itu.

Setelah pandangan itu disuarakan, Noor Akmar terus menjawab individu terbabit yang antaranya berkata beliau sendiri tidak lagi berminat untuk menjual kepada individu yang rasis.

“Maaf, saya pun rasa tidak boleh hendak berjual dengan 'Sis'. Ya, anak saya kacukan Nigeria tetapi anak saya cantik. Tidak macam 'Sis' dengan suami.

“Terus terang saya memang anti-rasis,” kata Noor Akmar kepada individu itu.

Perkongsian itu menjadi viral dengan 2,458 jumlah shares setakat ini. 

Dalam status berasingan, Noor Akmar berkata beliau bersyukur menerima pelbagai mesej dari netizen yang menyokong tindakan beliau.
Beliau juga berkata jumlah pelanggan kian bertambah.

“Saya hilang seorang pelanggan, tetapi Allah hantar lebih dari 10 pelanggan baharu,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa