Friday, September 2, 2016

Adakah FAM juga akan terburai: Sekarang Pendrive FAM di tangan SPRM

Dakwaan rasuah FAM: Khairy serah pemacu pena kontroversi kepada SPRM
02 September 2016 | BERNAMA
Khairy hari ini menyerahkan pemacu pena yang diberikan oleh Tunku Ismail kepada SPRM untuk disiasat.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan pemacu pena 'kontroversi' yang dikatakan mempunyai bukti penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketibaannya di perkarangan bangunan SPRM pada pukul 11.15 pagi tadi serta-merta diserbu puluhan pengamal media yang sedia menunggu seawal 10 pagi.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu sempat menunjukkan pemacu pena tersebut kepada media sebelum memasuki bangunan SPRM.

Pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku di FAM, diserahkan kepada Khairy oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lalu.

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.

1 comment:

  1. Boleh oecayA ka ai KJ? Tah2 dibagi pendrive yg dah corrupted dgn virus

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa