Saturday, September 17, 2016

Amok macam mengamuk?

Kenyataan media.

*KENAPA AMOK MACAM MENGAMUK?*

1.Pada Sabtu 10 Sept 2016 lebih kurang jam 5.30 petang sewaktu saya sampai di parking hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar saya lihat ada miss call dari seseorang. Lantas saya telefon semula ke nombor tersebut dan seseorang menjawab dan mohon maaf kerana menelefon saya petang tersebut.Dia perkenalkan diri dan saya pasti dia adalah kenalan saya dari suaranya.Dia mengaku masih bekerja di Khazanah.Dan *dia beritahu saya bosnya Tan Sri Azman Mokhtar MD Khazanah nak cakap dengan saya isu kenyataan saya pada hari tersebut berkaitan projek Taman Tugu*.

2.Saya berkata padanya tak perlu cakap bagi penjelasan. *Projek itu tiada keperluan pun dan tiada apa keuntungan pun untuk rakyat khususnya perajurit tanahair*.Saya minta maaf kepada sahabat saya yang tak dapat nak bercakap pada waktu itu kerana saya di hospital ziarah orang sakit.Saya kata padanya di lain masa saja.Dan pada jam 5.53 petang saya whatsaap pada kenalan saya beritahunya saya di hospital ziarah kawan dan kirim salam dengan bos dan besok boleh telefon saya.

3.Tiba tiba masa saya dalam wad 7B saya lihat ada whatsaap di telefon saya dan di hujung whatsaap itu tercatat nama Azman Mokhtar.Apa yang menghairankan saya *kenapa Azman Mokhtar (Amok) macam panik dengan kenyataan saya terhadap projek Taman Tugu yang menyentuh tanggung jawab AMOK sebagai MD dan PM Najib sebagai pengerusi Khazanah.Jadi saya bertanya pada diri saya *adakah ini standard MD Khazanah yang nak jaga khazanah negara*.Relax la bro. *Jangan la AMUK tak tentu pasal.Jangan la mengelabah dengan kenyataan saya*.Jawab balas saja kenyataan tersebut.saya salinkan catatan whatsaap Tan Sri Azman Mokhtar(AMOK) MD Khazanah pada saya pada 10 Sept 2016 jam  6.18 petang.

Tuan Hj Mahfuz, assalamua'laikum. *Saya terima mesej untuk bercakap esok* dari Sdr Hamdan, dan saya dimaklumkan YB menziarahi orang sakit, jadi mudah2an beransur pulih hendaknya. *InsyaAllah kita bercakap esok*, tapi sebelum itu saya perlu menyatakan bahawa tidak patut dan tidak baik cara YB mengeluarkan kenyataan tanpa usul kaji dan dengan bahasa yang tidak baik. Saya duduk sekarang di dalam kereta menghala ke rumah (mudah2an kuranglah bara panas) selepas dua
hari bertungkus lumus   memberi penerangan terperinci *public engagement session* tentang projek Taman Tugu. Dari mana, ke mana, bagaimana wang projek dan projek tersebut dapat di bincang dengan baik dan waras alhamdulilah. Sesi umum ini di buka pada semua, press coverage pun banyak, press release, FAQ dsbgnya pun lengkap dan di kemaskini tiap2 Hari. Tiada siapa dari pejabat Tuan Hj ataupun parti yang datang bertanya, Sesi umum pun tidak hadhir. Mungkin masa akan datang, tetapi setakat ini masih tiada. Saya faham ini memangnya musim politik dan lontaran di lepaskan atas nama politik selalu tempias pada yang lain. Kata Kata kusut lebih2 lagi yang menyebut Arwah bapa seseorang memang tak kena langsung. Isu Taman Tugu ini kami sentiasa sedia beri penerangan -ini kes tembak tak bertanya. Setakat ini *saya tidak mahu berdebat di dalam social media walaupun maruah saya dan Khazanah di politikan begini*. Saya harap Tuan Hj dapat mengkaji dengan baik dan saya di rumah sekarang dan sedia bercakap bila2 masa sahaja insyaAllah wassalam, Azman Mokhtar.

4.Hingga kini *AMOK* tak hubungi saya.Mungkin sibuk dengan sembelihan korban kut.Saya pula sibuk persiapan nak kawinkan anak pada 17 Sept ini. *Tetapi pengorbanan dan jasa perajurit tanah air yang didirikan Tugu Pahlawan untuk dikenang bukan dengan buat taman tugu dengan belanja besar RM650 juta dengan RM500 juta dari  yang pengerusikan PM Najib*.Tugu Pahlawan yang ada sudah cukup untuk penghormatan rasmi kepada perajurit tanahair tak perlu berbelanja sebesar RM650 juta yang tak beri faedah kepada pahlawan perajurit tanah air serta anak anak mereka.Rakyat boleh terima kalau kerajaan dan Khazanah membelanjakan RM650 juta untuk biasiswa pendidikan anak anak tentera dan polis serta perumahan untuk anggota tentera dan polis. *Khazanah kena jaga khazanah negara.Ini bukan Khazanah penyamun filem Ali Baba Bujang Lapuk*.

#AmokJanganMengamuk
#BersatuAmokNajibdanBNdlmPru14
#JomBersatuSelamatkanMalaysia


*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA*
*SALAM PENGORBANAN & PERJUANGAN*

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2pm Taman Alwalid Alor Setar
13 Sept 2016/ 11 Zulhijah 1437H

1 comment:

  1. Bermewah2 dgn wang negara hanya stakad tugu yg para mufti mempertikaikannya.
    Apa punya jenis manusia dia ni. Rakyat dlm keperitan utk berbelanja mereka2 ini membazir dgn projek2 yg mewah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa