Thursday, September 29, 2016

Bijak menghidu: Haha.......rupanya PAS jadi makhluk yang selalu mereka umpamakan!

Tuan Ibrahim: Pas boleh hidu kawan, lawan
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 29 SEPTEMBER 2016
Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Sebagai parti lama yang telah berpengalaman dalam kerjasama politik, Pas mendakwa mampu menghidu kawan mahupun lawan.

Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kini sedang membina kekuatan blok politik ketiganya, Gagasan Sejahtera bersama rakan yang sedia menerima dasar dibawa parti Islam itu.

“Pas boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya, mengenal keikhlasan kawan atau yang hanya ingin menumpang kekuatan Pas, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan serta menyedari ia tidak boleh lari dari kesilapan tapi sentiasa istiqamah dalam memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan.

“Pas sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat. Bagi Pas, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mac lalu, Pas membentuk blok politik ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dipanggil Gagasan Sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadikan sasaran pihak tertentu dengan pelbagai tuduhan kurang enak, mutakhir ini.

Namun, Tuan Ibrahim berkata meskipun parti itu dijadikan ‘puching bag’, masih ada pula yang mengharapkan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Hari ini, Pas dan Presiden Pas dijadikan ‘punching bag’ dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya nak kerjasama dengan Umno dan makan dedak Umno.

“Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama Pas. Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh makan dedak Umno?,” katanya.

Menyentuh soal pilihan raya, beliau mendakwa ada parti yang memiliki calon namun jentera dan petugasnya langsung tidak kelihatan semasa berkempen.

“Kempen pilihan raya bukan sekadar menonjolkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya mendekati tetapi juga persediaan jentera dan petugas. Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak batang hidung.

“Lebih malang, ada parti yang melonggokkan poster calon serta bendera di pejabat dan markas Pas meminta petugas Pas yang menguruskannya.

“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, Pas sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul pada musim pilihan raya dan berucap berdegar-degar, maaflah,” katanya.

Tegasnya, Pas ingin membawa perubahan kepada sistem yang berpaksi kepada kebenaran dan keadilan sebagaimana yang diwahyukan ALLAH SWT.

“Perubahan sistem bukan hanya berlegar kepada sistem sekular yang sama, yang hanya menukar nama. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.

“Mereka merasa akal manusia lebih hebat dari apa yang diturunkan oleh ALLAH. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya,” katanya.

# kerana bijak menghidulah PAS selalu kena kelentong!
   Hal fitnah pula siapa yang fitnah siapa dan siapa yang melabel siapa?
   Siapa pula yang kuat auta dan konar baring?
   Siapa pula yang cakap tak sama bikin?
   Hakikatnya pemimpin PAS adalah dari jenis manusia POYO

2 comments:

  1. Bau balak tak hidu ke?
    Bau 70juta macamana pula? Bila nak saman ni.....cuma nak peringat no, saman kat UK ye, bukan kat jermang!

    ReplyDelete
  2. Pandai2 hidu tp kencing umno tak dpt hidu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa