Monday, September 12, 2016

Bila dituduh lawan tokey, jangan ditanya lagi 'apa dosa saya?'

'Apa dosa saya?', tanya bekas Exco Pemuda UMNO
Hafiz MarzukhiAstro Awani |  September 11, 2016 18:50 MYT
'Apa dosa saya?', tanya bekas Exco Pemuda UMNO
Jelas Rafiq, beliau tidak terlibat dalam menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke program tersebut. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen mempersoalkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO untuk menggantungnya dari semua jawatan dalam parti.

"Saya digantung hak sebagai ahli UMNO selama enam tahun atau dua penggal, atas satu pertuduhan iaitu didapati menghasut dan merancang untuk melakukan sabotaj terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron.

"Dakwaan sabotaj tersebut berpunca daripada cadangan penganjuran Program Bicara Negarawan di Melaka pada tahun lepas," kata Rafiq dalam satu kenyataan.

Jelas Rafiq, beliau tidak terlibat dalam menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke program tersebut tetapi hanya membantu seorang Ketua Cawangan UMNO di Melaka dalam memanjangkan jemputan tersebut.

"Selain itu, pada waktu itu, Dr Mahathir masih merupakan ahli UMNO dan tajuk bicara hanya melibatkan masa depan UMNO," kata Rafiq.

Walaupun pada mulanya beliau ingin membantu, namun setelah mendapatkan nasihat beberapa pihak, Rafiq memutuskan untuk berjumpa kembali penganjur bagi membatalkan program tersebut.

"Setelah setahun hampir berlalu dan program tersebut tidak diteruskan, Datuk Seri Idris membangkitkan perkara ini sekali lagi dalam mesyuarat peringkat negeri sebelum ia dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya Lembaga Disiplin UMNO," kata Rafiq.

Kata Rafiq, beliau telah dipanggil Lembaga Disiplin utniuk memberi keterangan dan walaupun telah membawa bukti, beliau tetap juga digantung.

"Apa dosa saya? Penganjur program ini tidak pun dipanggil. Saya yakin kami tidak bersalah kerana program tersebut tidak diteruskan pun," kata beliau.
Tegas Rafiq, beliau akan membuat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan Lembaga Disipilin untuk menggantung haknya.

"Saya berharap agar tindakan ini digugurkan supaya saya dapat membantu parti dalam menghadapi cabaran pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," kata Rafiq.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa