Sunday, September 25, 2016

Jika Pembangkang bersatu: BN diramal akan kalah Pru14

[9/24, 07:47] ‪: Ramalan BN Akan Kalah Pru14 Jika Semua Parti2 Pembangkang Bersatu Padu Lawan UBN

Parti anggota BN terutama Umno sebenarnya kecut turn back Tun  Mahathir d arena politik dalam rangka menyelamatkan negara dari tangan pemimpin yang korupsi

Respond  mereka berhubung parti baru yang d terajui oleh Mantan PM yang tercemerlang antara PM yang lalu dan sekarang agak kenampakan takbur ada yang menyifatkan sebagai kumpulan sampah

Hakikatnya pemimpin  Umno tidak sedar kelemahan dan sambutan rakyat telah berkurangan bermula Pru12 dan 13 memperolehi keputusan yang terburuk  dalam  sejarahnya kehilangan 2/3 dan  kerusi semakin menyusut dan d belakang pembangkang jumlah undi populariti hanya 48%

Pru12 dan 13 tidak sehebat isu sekarang yang mana  negara menghadapi kemerosotan kualiti hidup gara2 harga barangan asas  semakin mahal dan GST adalah agen merompak wang rakyat tak kira miskin atau kaya

Kes 1MDB dan isu dana RM2.6B telah mengakibatkan negara luar memandang serong sehinggakan jutaan ribu penanam modal asing d negara ini membawa keluar modal ke negara alternatif yang lebih selamat kerana Malaysia tersenarai d antara negara yang paling korup

Sungguhpun PRN Sarawak BN mencapai cemerlang tetapi sudah ada tanda2 rakyatnya mencurigai Persekutuan kerana tuntutan Penurunan Kuasa Autonomi  yang  lebih luas  agak sukar d capai kerana amat komplekted sebagaimana d bayangkan oleh KM  Adenan Hj Satem pada rundingan pusingan pertama  dengan Najib

YB Nancy Shukri yang d pertanggungjawabkan dalam peralihan kuasa ini d tukar dari jawatan asal yang d pertanggungjawabkan Hal Ehwal U ndang2 d Jabatan PM untuk mengagalkan perkara tersebut

Adalah d duga  slogan  Sabah For Sabahan dan Sarawak For Sarawakian akan meranapkan impian  ahli2 Umno berkuasa selepas Pru14 dengan izin Nya

Yang amat penting semua parti2 pembangkang d Sabah bersatu hati untuk tumbangkan UBN pada Pru14 nanti dengan syarat jika satu2 parti pembangkang yang menentang UBN d satu kawasan sebagai contoh Dap bertanding d Elopura menentang calon BN  maka lain2 parti pembangkang tidak perlu meletak calon biar satu lawan satu agar tidak pecah undi

Begitu juga seandainya Pkr letak calon d Batu Sapi menentang calon BN maka parti2 pembangkang yang lain seperti Dap dan Amanah tak perlu letak calon erti kata lain  tidak bertembung dengan barisan PH

Biar UBN lawan satu lawan satu sama Dap Pkr Amanah dan parti2 pembangkang yang lain supaya undi tidak pecah jika berlakunya pertembungan sesama satu angkatan ini memberi ruang UBN d satu2 kawasan menang

Kita belajar kesilapan  PRN11 d Sarawak d mana Dap telah berlanggar dengan Pkr Amanah akhirnya BN memperoleh kemenangan besar

Kali ini jangan lagi berulang kesilapan seumpama itu seperti d Sarawak berlaku lagi pada Pru14 nanti
[9/24, 07:47] ‪‬: Assalamualaikum 😊🌹

Ramalan BN Akan Kalah Pru 14 Jika Semua Parti2 Pembangkang Bersatu Padu Lawan UBN

Komen.......

Ramalan dan ulasan ini sangat tepat dan relavan..

Untuk menumbangkan  UBN .... semangat setia kawan dan menawarkan tawaran yang lebih kepada rakyat adalah jaminan untuk memenangi pilihanraya..

Usaha kerjasama atau Pakatan ini perlu di teruskan hala tujunya setelah sekian lama di usahakan..ibarat menanam pokok....biarlah sampai memetik hasilnya..

Barisan parti penumbang  UBN yang dahulunya di ketuai  DSAI  kini bertambah kuat dengan tranformasi beberapa parti yang berpecah..

Ini juga di aduni dengan pilihan politik baharu dan politik rencam rakyat bagi ke arah era yang baru..

UBN yang semakin kalut dengan korupsi dan hampir menggadai negara dan bangsa perlu di hentikan kebobrokkannya semakin terserlah..

Dalam gabungan yang baharu demi kemakrufan adalah sangat tepat dan langkah yang sangat hebat..

Ubah pemikiran yang menilai asalkan tidak berpecah....asalkan bersatu tetapi apa guna jika tidak berpecah dan bersatu tetapi membiarkan  UBN  terus merakus khazanah negara warisan anak cucu kemudian hari..

Persepsi seperti  inilah yang terus menghalalkan kerja-kerja kemungkaran..

Salah tetap salah....betul tetap betul.... hukumilah dengan adil dan bijaksana

Hakikatnya arus gelombang rakyat ibarat air yang mengalir yang tidak mampu di bendung oleh tangan manusia..

Selagi kita bernafas selagi itulah tanggungjawab membina negara secara bersatu tanpa mengira kaum ataupun sempadan agama..

DEMI MALAYSIA BERSATU MENGGARAP HARAPAN BAHARU.

Layar Impian

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa