Wednesday, September 28, 2016

Lantaklah apa jadi pun......dah sendiri cari pasal!

Tuesday, September 27, 2016
PRK Pulak Di Pulau Pinang?
Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, jika mahkamah mendapati dia bersalah dan mengenakan hukuman berat terhadapnya kerana menghina mahkamah.

Peguam, M Visvanathan berkata, tidak menghormati pentadbiran keadilan adalah satu jenayah dan tiada undang-undang bertulis mengenai hukuman minimum mahupun maksimum.

“Mahkamah boleh mengenakan denda atau penjara atau melepaskan tertuduh dengan teguran, berdasarkan budi bicara mereka,” katanya.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Peruntukan sama juga terkandung dalam undang-undang semua negeri.

“Lim mungkin hilang haknya sebagai ahli Parlimen dan adun jika mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman berat,” katanya sebagai menjawab tindakan setiausaha agung DAP itu menghina mahkamah.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim.

Peguam negara berkata, Lim mengeluarkan kenyataan media walaupun mengetahui tindakannya akan mengganggu pentadbiran keadilan, menghakis keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan menghina maruah serta integriti mahkamah di negara ini.

Adun Air Puteh itu mendakwa 2 tuduhan rasuah adalah “konspirasi” terhadapnya dan juga “direka-reka”.

Jun lalu, ahli Parlimen Bagan itu bersama ahli perniagaan, Phang Li Koon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi George Town.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew.

Dia juga didakwa meluluskan permohonan Magnificent Emblem menukar status tanah pertanian bagi tujuan membina kediaman dan tuduhan ke-2 menggunakan kedudukannya membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta – jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Visvanathan berkata, dahulu ada 1 kes di mana bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong hilang kelayakan kerana menghina mahkamah, kira-kira 20 tahun lalu.

Pada 14 April 1995, Mahkamah Agung ketika itu menjatuhkan denda RM7,000 kepada Wee kerana melanggar perintah menghalangnya mencetak, mengedar atau menerbitkan sebarang dakwaan tidak wajar terhadap MBf Holdings dan anak syarikatnya.

Wee bertanding pada Pilihan Raya Umum 1995 dan memenangi kerusi Bukit Bintang atas tiket DAP, tetapi calon BN, Lee Chong Meng memfailkan bantahan.

Hakim pilihan raya, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membatalkan kemenangan Wee, memandangkan tindakannya menghina mahkamah adalah satu kesalahan jenayah.

Ahmad Fairuz kemudiannya mengumumkan Lee dipilih sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang lapor FMT via ASD

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa