Friday, September 23, 2016

Mamat ni berkata benar atau temberang?

RAJA PETRA DAKWA MAHATHIR PERNAH KURUNG AGONG DI LANGKAWI
oleh Malaysian Digest
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak ‘mengurung’ Yang di-Pertuan Agong di Istana selepas bekas Perdana Menteri itu gagal bertemu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sebelum ini.

Blogger, Raja Petra Kamaruddin berkata, berbanding Najib yang hanya dituduh mengurung Agong, Dr Mahathir sebenarnya pernah meletakkan Agong dalam tahanan rumah di Langkawi pada November 1999.

“Ya, pada November 1999, Mahathir meletakkan Agong (Almarhum Sultan Selangor) dalam tahanan rumah. Jadi dia fikir Najib melakukan perkara sama kepada Agong kini (Sultan Kedah) dengan melarangnya bertemu Tuanku Agong,” katanya dipetik dari portal beliau Malaysia Today.

Menurut Raja Petra, Mahathir melarang sesiapa sahaja yang ingin bertemu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Langkawi sehingga tamat Pilihan Raya Umum (PRU) tahun berkenaan.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir kata Raja Petra berjaya bertemu Agong pada 15 September lalu untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat yang hanya ditandatangani 45 individu.

“Mahathir katakan beliau ada sekitar 1.3 juta hingga 1.4 juta lagi tandatangan sungguh pun beliau tidak membawanya (ketika bertemu Agong).

“Agong kemudiannya bertanya Mahathir samaada beliau boleh memberi jaminan 1.3 juta hingga 1.4 juta tandatangan itu sah. Mahathir senyap selama beberapa minit dan akhirnya selepas membisu seketika beliau menjawab (tandatangan) itulah yang diserahkan kepadanya,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Tuanku Abdul Halim kemudiannya berceramah kepada Dr Mahathir mengenai konsep Raja Berperlembagaan yang perlu dipatuhi bekas Perdana Menteri itu dan menjelaskan mengapa Agong tidak boleh mencampuri hal ehwal politik.

“Sudah 30 tahun tetapi akhirnya muka Mahathir ditampar dengan hujah yang sama digunakannya terhadap Raja-Raja lebih 30 tahun lalu. Inilah yang dipanggil keadilan. Kamu ditampar dengan apa yang kamu gunakan untuk menampar Raja-Raja pada tahun 1980-an,” katanya lagi.

‘Hujah Dr Mahathir pada 1980-an’ yang dimaksudkan Raja Petra adalah penjelasan bekas Perdana Menteri itu sewaktu beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda perlembagaan yang mengehadkan kuasa Agong serta Majlis Raja-Raja dalam isu-isu negara. – Source: Malaysian Digest

Ulasan: Apa punya merepek Raja Petra blogger ‘fugitive’ ini menulis semacam dia ada di bilik pertemuan Mahathir dan Agong.

Raja Petra bukankah orang yang sama memfitnah Rosmah dengan akuan bersumpah dalam kes bunuh Altantuya yang konon didakwanya ada dilokasi pembunuhan.

Raja Petra ingatlah akta hasutan dan janganlah jadi pelampau politik libatkan Agong dalam cerita tidak sahih nun jauh di UK. Kalau nak duit belanja cakap …. – Adpol

KLIK BACA: Silap jika ada sesiapa persenda Mahathir – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kisah ditinggalkan jet Dr Mahathir di Madinah

TERKINI: Nama MO1 dikaitkan dengan Robert De Niro dalam saman DoJ

KLIK VIDEO: Tun Mahathir – Dakwalah saya di mahkamah, saya nak tanya Rosmah….

VIDEO: Ucapan Berapi Shafie Apdal: Apa Guna Bandar Malaysia Jika 60% Hak Milik Negara Asing

KLIK BACA: Najib Razak: Agong tidak boleh campur usaha Bersatu

TERKINI: Anugerah ditarik, pembantu Rosmah sindir mat salleh Amerika kuno?

1 comment:

  1. Mamat ni cerita mcm dia ada bersama. Bukan kes ini sj. Semua cerita rekaan dia seolah dia ada bersama di tempat kejadian. Cuma Allah sj yg boleh cerita begitu, contohnya spt cerita Al kahfi dan surah Yusuf, krn Allah tahu segalanya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa