Friday, September 30, 2016

MH17: Empat persoalan yang terjawab hasil siasatan JIT

AFP |  September 29, 2016 14:06 MYT
MH17: Empat persoalan yang terjawab hasil siasatan JIT
Barisan anggota pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada pembentangan hasil siasatan kes MH17 di Nieuwegein pada 28 September 2016 - Foto AFP / EMMANUEL DUNAND
NIEUWEGEIN: Siasatan jenayah antarabangsa berkaitan insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 yang didedahkan pada Rabu merumuskan pesawat tersebut ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Selain fakta utama itu, berikut adalah antara beberapa penemuan lain daripada siasatan yang dijalankan oleh pasukan Siasatan Bersama (JIT), diketuai oleh pendakwa raya dari Belanda bersama pasukannya dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Apakah senjata yang digunakan? 

JIT berkata bahawa mereka “mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bagi mengesahkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK daripada siri-9M38 pada 17 Julai 2014.

Keputusan ini dicapai selepas usaha menanggalkan pelbagai bahagian dan komponen peluru berpandu BUK dan membuat perbandingan dengan beberapa bahagian logam yang didapati dari lokasi insiden.

Penyiasat mengandaikan senario alternatif yang mungkin terjadi seperti kemalangan atau serangan udara namun menurut maklumat radar, tiada pesawat lain yang berada di kawasan itu.

Dari mana peluru berpandu ini dibawa?

Menggunakan gambar, video dan pintasan panggilan telefon, penyiasat dapat menjejak sistem laluan peluru berpandu yang dikatakan berasal dari Rusia.

“Sistem ini telah dibawa dari kawasan Rusia ke timur Ukraine dan kemudian dibawa menggunakan treler kecil yang dipaut kepada trak Volvo berwarna putih. Trak ini telah diiringi oleh beberapa kenderaan lain dan lelaki berpakaian seragam dan bersenjata.”

Perbualan telefon yang berjaya dipintas pada Rabu, 16 Julai 2014, 7:09 malam itu dikatakan berlaku antara dua individu berbahasa Rusia yang memihak kepada puak pemisah yang mencadangkan agar pelancar peluru berpandu itu melepasi sempadan pada malam antara 16 dan 17 Julai.

Perbualan antara individu dikenali sebagai Nikolayevich dan Sanych turut dipintas.

Nikolayevich dipetik berkata beliau tidak tahu sekiranya pihaknya dapat menunggu lagi dan bertanya jika Sanych boleh menghantar peluru berpandu tersebut pada pagi itu juga dan Sanych bersetuju untuk menghantar.

BACA: Malaysia mahu tindakan tegas terhadap dalang tembak jatuh MH17 - PM

BACA: 100 orang disiasat berkaitan nahas MH17 - Penyiasat
Di mana lokasi pelancaran peluru berpandu?

Lokasi terakhir sistem pelancar BUK-TELAR adalah di ladang berdekatan Pervomaiskyi yang dikatakan kawasan dikuasai puak penentang.

Saksi berkata mereka terlihat kepulan asap, BUK-TELAR di kawasan pelancaran di Pervomaiskyi dan peluru berpandu tersebut selepas ia dilancarkan dan beberapa saksi lain juga telah mengambil gambar jejak pengeluwapan dan pelancaran peluru berpandu tersebut.


Siapa dalangnya?

Penyiasat tidak mendedahkan nama-nama suspek namun mereka memberitahu bahawa mereka telah mengenalpasti lebih kurang 100 orang yang boleh dikaitkan dengan insiden MH17 dan BUK-TELAR dan siasatan akan dilanjutkan sehingga Januari 2018.

“Siapa yang memberi arahan untuk membawa BUK-TELAR dan siapa yang memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat MH17? Adakah mereka membuat keputusan sendiri atau menerima arahan?  Ini adalah sangat penting dalam menentukan kesalahan yang dibuat oleh pelaku kesalahan,” jelas laporan siasatan.

Pihat JIT telah memuat naik beberapa pintasan panggilan telefon di laman web www.jitmh17 dan meminta sesiapa yang mengenali suara-suara tersebut untuk tampil bersama maklumat.

BACA: Waris mahu tahu siapa dalang tembak MH17

1 comment:

  1. siasatan JIT bersifat politik...dimana kotak hitam? rusia telah mengeluarkan data2 dari radar dan satelit...bila ukrain dan us nak keluarkan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa