Sunday, September 4, 2016

Pembohongan Ust. Nassarudin Daud.....dah jadi sinonim dengan puak merekakah?

SUNDAY, SEPTEMBER 04, 2016
Dedah pembohongan Ust Nassarudin Daud, Exco Kelantan
Selepas tukar bendera,sekarang di cat warna oren..

  Apabila pas pecat Dato Husam dari parti lamanya, Husam pun ambil semula bangunan yang gah dan cantik yang selama ini Husam beri PAS guna buat pejabat bertahun-tahun lamanya...

  Bendera Amanah dinaikan menggantikan bendera parti lama.Bangunannya dicat warna oren, iaitu warna Amanah menggantikan yang hijau...

 Tetiba lebai Pas yang tak tahu kenang jasa yang selama ini menumpang percuma di bangunan tersebut memfitnah bahawa Husam merompak bangunan PAS? Memang melampau dan tidak senonoh sunggoh!

  Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti yang merupakan exco kanan Kelantan telah mendakwa bahawa tanah Pusat Khidmat Adun Salor, Kubang Krian, Kelantan itu adalah milik Pas.

   Menurut Nassarudin, tanah yang asalnya milik kerajaan itu kemudiannya diserahkan menjadi Pejabat Dun yang diwakili Dato Husam Musa.

  Menyangkal dakwaan tersebut, En Ibrahim bin Sulaiman (gambar) anak saudara kepada Pn Minah, pemilik asal tanah pejabat Dun Salor itu,  telah menjelaskan status tanah tersebut dengan terperinci dengan mengemukakan salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini.

  Menurut maklumat, En Ibrahim yang ditemubual, bahawa pemilik asal tanah tersebut ialah Pn Minah binti Musa. Didaftarkan: Tahun 1960. Jadi Hak Milik: Tahun 1961

  Kemudian ianya menjadi milik kepada Pn Saripah binti Dollah pada tahun 1993. Puan Saripah ialah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Dato Rosli telah menyerahkan tanah tersebut kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

  Jadi jelas bahawa dakwaan Ust Nassarudin bahawa tanah tersebut kepunyaan Pas adalah bohong.

 Dan bahawa tanah tersebut adalah milik Kerajaan negeri yang kemudiannya diserah untuk dijadikan Pejabat Dun Salor sebagaimana dakwaannya juga adalah bohong.

  Tanah tersebut adalah milik persendirian yang telah diserah oleh tuan tanah tersebut  kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

   Ternyata apa yang Dato Husam Musa katakan bahawa bangunan tersebut adalah hak miliknya adalah benar.

 Ayuh kita sama-sama menyertai kebenaran dan jangan terus diselubungi dengan pembohongan dan kepalsuan. SERTAI AMANAH UNTUK BUAT PERUBAHAN.

Nota : Untuk salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini, sila klik di sini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa