Tuesday, September 6, 2016

Tiba-tiba bertiup: Berita mengejutkan di Kelantan.......

Tuesday, September 6, 2016
SPRM menyiasat laporan berhubung salah guna kuasa di Kelantan?

CATATAN PETANG
Ini ada sedikit maklumat yang tidak berapa baik untuk kerajaan berslogan "Membangun Bersama Islam", kerajaan Kelantan yang sebelum ini dianggap sebuah kerajaan yang berintegriti dan di sanjungi oleh banyak pihak.

Pihak kerajaan negeri sendiri berbangga dengan pencapaian dan rekod bersih perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini. Kononnya kerajaan peninggalan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bersih, tiada kaki tangan dan wakil rakyatnya tersangkut dengan sebarang kemungkaran dan penyelewengan.

Pemimpin kerajaan Kelantan juga sering kali "menyongik" ekor kerana berpuas hati dengan ketelusan dan moral kerajaan berkenaan. Sehingga ini setelah 26 tahun Pas mentadbir Kelantan tidak ada seorang pun kaki tangan kerajaan negeri atau wakil rakyatnya ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana kesalahan rasuah. Rekod itu dijadikan mercutanda ketelusan dan kesucian kerajaan Kelantan.

Pun begitu ada beberapa laporan rasuah berlaku di kalangan kakitangan kerajaan negeri, atau pun wakil rakyat dan juga penjawat di agensi kerajaan itu. SPRM juga telah menjalankan siasatan bahkan ia termasuk almarhum Nik Aziz sendiri juga pernah dikaitkan dengan satu kesalahan rasuah apabila hajatnya untuk menunaikan Haji dikaitan dengan rasuah.

Ada orang mengakui membiayai kerja Haji Nik Aziz dan keluarganya di mana perbuatan itu dikategorikan salah guna kuasa atau rasuah.

Akhirnya kerana kes itu menjadi kontroversi, almarhum membatalkan hasratnya untuk ke Makkah pada tahun itu. Pembatalan itu atas nasihat pihak tertentu di mana sekiranya almarhum meneruskan Hajinya, pasti beliau dikaitkan dengan rasuah.

Selain daripada kes itu, ada lagi beberapa kes lain membabitkan siasatan oleh SPRM? Ia juga membabitkan seorang menantu jantan bekas MB Kelantan. Beliau dilaporkan melakukan salah guna kuasa semasa menantu berkenaan menjabat jawatan di sebuah syarikat GLC. Beliau didakwa telah menyalah gunakan kedudukan untuk kepentingannya. Bagaimana pun kes itu akhirnya dibuang dan menantu itu terselamat. Tidak mustahil sekiranya SPRM berasakan ada keperluan ia boleh dibuka semula sebab kes-kes melibatkan rasuah tidak ditutup rapat.

Terbaharu saya menerima satu maklumat SPRM kini sedang rancak menjalankan siasatan berhubung satu laporan rasuah membabitkan sebuah agensi kerajaan. Ia juga membabitkan wakil rakyat kerana wakil rakyat menjadi pengerusi kepada agensi berkenaan.

SPRM katanya telah memanggil dan menemu-ramah beberapa individu berhubung laporan berkenaan. Ia juga termasuk wakil rakyat dan CEO sebuah agensi telah dipanggil SPRM? Terbaharu, salah seorang bekas kaki tangan agensi sebuah kerajaan Kelantan didatang pegawai SPRM dan menyoal siasatannya selama 6 jam. Sebelum ini juga pegawai SPRM telah menemui seorang Tok Batin berhubung laporan pembalakan di Hulu Kelantan.

Siasatan bekas kaki tangan berkenaan dikatakan ada sangkut paut dengan perjalanan sebuah syarikat yang berasaskan kayu dan hutan?

Siasatan itu khabarnya ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa di sebuah agensi yang beribu pejabat di Hulu Kelantan. Ia khabarnya mengenai tander menender balak dan juga pembayaran dibuat oleh sebuah agensi untuk satu kerja yang tidak bersangkutan.

Kita berharap siasatan tidak berakhir dengan pendakwaan untuk melihat kerajaan Kelantan mengekalkan rekod bersihnya selama ini. Kita berdoa? Ya Allah selamatkan maruah kerajaan Kelantan dan maruah bekas MBnya yang dianggap zuhud dan mulia. [wm.kl.6:18 PM 06/09/16]

Posted by mohd sayuti Omar at 6:52:00 PM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa