Sunday, September 18, 2016

Tok Him jawab Khairuddin.........

Sdr Khairuddin,

Kalah atau menang dalam mana-mana pertandingan khususnya pilihanraya adalah adat pertandingan. DS Mukhriz juga pernah kalah dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun mendapat pencalonan tertinggi ketika itu berbanding Khairy dan Khir Toyo. Begitu juga YABhg Tun M sendiri tewas di Kubang Pasu semasa pemilihan G7 di Bahagian. Walaupun YABhg Tun mantan PM dan Presiden UMNO. Kalau nak diukur dari PRU adalah lebih baik sdr puji saja Najib sebab beliau tidak pernah kalah dlm mana-mana PRU atau pemilihan.

Sdr Khairuddin, 

PRU12 saya bekerjasama dgn PAS dan menang. Walaubagaimana pun tidak lama selepas itu dgn berat hati dan kecewa saya terpaksa meninggalkan mereka kerana PAS kekal bekerjasama dgn DAP.

Ini pendirian saya dari dahulu. Salahkah saya kekal dgn pendirian saya..? Saya sekadar bertanya sahaja.? Kalau inilah sikapnya sama jugalah dgn UMNO.

Sdr Khairuddin mungkin terlepas pandang atau sengaja ingin mengeruhkan lagi keadaan. Utk makluman sdr Khairuddin, PRU13 yg lalu saya bertanding atas tiket BEBAS. Bukan atas tiket mana-mana parti. Itupun dengan berkempen dgn usaha saya sendiri. Walaupun sebelum itu saya bermati-matian membantu UMNO parti yg sdr Khairuddin dan Presiden PPBM anuti dahulu. Lebih malang buat saya apabila mantan Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika itu hadir ke Kelantan dan mengisytiharkan bahawa ahli-ahli UMNO ditegah tidak mengundi calon BEBAS. Mungkin sdr Khairuddin lupa atau tidak perasan. Tetapi Presiden PPBM mungkin tidak lupa.. Ini antara faktor buat saya tewas.

Saya seorang pejuang dan ahli politik. Kalah atau menang pada saya 'Alah bisa tegar biasa..' Kepada sdr Khairuddin org tua-tua ada pesan 'kerana pulut santan binasa..' dan 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..' Ingat sdr juga pernah buat kenyataan tidak akan bersama parti BERSATU sebelum ini.. Jangan kerana mulut sdr BERSATU dan Pakatan Harapan tinggal harapan..

[9/11, 22:38] ‪+60 13-489 4073‬: Salam...cadangan dan nasihat saya kpd sesiapa yg fikir DAP tidak ada apa2 salah pd orang melayu dan Islam dan bolih menerima dasar2  DAP Msia Msian, tidak payah nak berkelahi dgn saya..masuk saja lah DAP.ikut cuntuh Aziz Bhari,Samad Said dan Dyana. Mereka ini lebih telus.

Dan yg menyokong  pluralisma,LGBT bolih masuk pkr...Dap dan PKR pun parti berbilang kaum. Atau masuk Amanah yg juga terima dan selesa dgn DAP...

Jadi tak payah riuh rendah..saya hanya tanya dan minta penjelasan pendirian PPBM dengan DAP?

Salah kah?

Contoh nya jika kita nak melabur, kita nak tahu syarikat tu untung atau tidak.ada potensi atau tidak?Jika kita boleh tuduh orang tidak telus, tunjuklah tauladan kita telus dan terbuka. Ini tanya pun dah melenting..malulah sikit. Saya tak payah jawab dan buang masa. 

Seorang yg sudah bersifat negarawan tidak perlu layan budak2 yg ghairah tak bertempat. Masuklah apa Parti pun, ikut selera masing2....masing2 hak..kpd sesiapa yg nak meraiah sokongan kpd parti yg mereka sertai dan sokong, bersifatlah secara ilmuan dan tunjuk rendah diri, tidak sombong, angkuh dan besar kepala.

Saya doa good luck kpd Parti PPBM kerana secara peribadi saya tetap hormat Negarawan Tun M dan semua kawan2 yg mendokong PPBM.....saya tetap tidak boleh terima DAP  dan sukar terima dasar pluralisma dan LGBT...

Selamat menyambut Edul Adha.MAAF ZAHIR BATIN...Tok Him

- via WhatsApp

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa