Friday, 21 October 2016
ADUSSS...PARAH DAH KETUA PENERANGAN UMNO INI?
Sekali lagi timbul persoalan, apa sebenarnya sudah jadi dengan Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO ini?
Jika sebelum ini, beliau bercakap mengenai legasi Tun Mahathir Mohamad yang dianggapnya negatif dan Najib Razak harus berani merombaknya, mengatakan politik kebencian adalah suatu jenayah dan beberapa perkara lain lagi, kali ini hujahnya ternyata jauh lebih parah.
Berhujah dengan mengatakan Malaysia lebih berani daripada Amerika Syarikat semata-mata kerana membenarkan wujudnya banyak parti berbanding negara tersebut yang hanya ada dua parti, barangkali bukan saja menyebabkan Najib Razak "menyesal" melantiknya mengetuai aktiviti penerangan parti, bahkan mungkin membuatkan Ahmad Maslan dan Hasan Malek turut berguling-guling ketawa jadinya.
Mengenali Annuar sejak sekian lama, malah beliau dianggap sebagai pemidato dan pelontar idea yang hebat, rasa seperti tidak percaya bekas menteri itu boleh mengeluarkan perbandingan sedemikian rupa.
Kalau ia pun mahu memuji, menyanjung dan membodek Najib Razak serta kerajaan yang sedang dipimpinnya, takkanlah sampai begitu hujahnya?
Kata orang Perak, "parah bebenor" bandingan sebegitu. Itu hujah ke laut, kata anak-muda zaman sekarang pula.
Membandingkan Malaysia dan Amerika Syarikat dari segi sistem politik adalah tidak kena dan jauh tersasar sama sekali. Amerika bukan tidak membenarkan wujudnya banyak parti-parti politik, tetapi memang negara itu mengamalkan sistem dua parti iaitu Demokrat dan Republikan.
Dengan hanya ada dua parti, tidak bermakna Malaysia yang banyak parti lebih baik daripada Amerika. Harus pula dilihat bagaimana sistem itu berjalan. Lihat bagaimana pemilihan presidennya diadakan, aturan berkempen, sistem undi, ada debat terbuka, had tempoh dua penggal dan sebagainya lagi.
Diakui sistem dua parti adalah terbaik untuk rakyat. Ia menjadikan rakyat lebih terbuka untuk membuat pilihan dan pertukaran kerajaan juga lebih mudah.
Bukan banyak parti yang sepatutnya menjadi asas pujian, tetapi perlaksanaan atau kaedah politik yang diamalkan itu yang harus menjadi sandaran.
Kenapa kaedah seperti di Amerika, contohnya debat terbuka, tidak cuba dilaksanakan jika Najib yang memimpin kerajaan ini benar-benar seorang yang berani?
Tidakkah Annuar Musa juga lupa bahawa penubuhan gabungan Pakatan Harapan sebelum PRU 13 lalu untuk bersaing dengan BN telah berdepan dengan pelbagai masalah dan karenah sehingga hasrat menggunakan satu simbol untuk bertanding dalam pilihanraya, tidak kesampaian sama sekali?
Jadi, masihkah Annuar mahu berhujah bahawa banyak parti yang diberi kelulusan di era Najib ini sebagai tanda kita lebih baik dan berani berbanding Amerika? (SH 21/10/2016).
* Dah kering idea dah kot?
Eh......malu aku orang Kelantan.......nak nyorot dalam seluarlah jap!

Punya la nak ampu Najib. Brp banyak dedak agaknya dia dpt? Sanggup memalukan diri sendiri asalkan dpt.
ReplyDeleteHoi Awe di UDA bertambun parti politik, demo kure bbaco..
ReplyDeleteKes kehilangan duit dlm kplb apa cerita.
ReplyDeletekat india lg banyak parti politik.india lg berani kan?
ReplyDelete