Monday, October 24, 2016

Ini jenis manusia gila tahap apa ek.......air yang digunakan ribuan manusia pun disabotaj?

Macam zaman perang pulak, sabotaj air
Takkanlah perang politik pun sanggup bertindak mensabotaj air yang boleh memudaratkan ribuan manusia
Memang gila segila-gilanya bila sumbar alam pun sanggup sabotaj
Agaknya siapa sisetan yang jadi ketua pengkhianat tu agaknya?

Azmin jangan cakap saja.......buktikan kepada umum!

'Kita ada bukti orang sabotaj air'
NURUL FIRDAUS KHAIRI - 24 OKTOBER 2016
Azmin Ali Azmin Ali

KUALA LANGAT - Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan Umno berhubung isu pencemaran air di Semenyih, untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Menurutnya, bagi kes pencemaran air di Semenyih, kerajaan negeri sudah memperoleh bukti-bukti kukuh dan percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Peguam Negara telah menyiapkan kes tersebut.

"Di peringkat negeri memang kita sudah kenakan tindakan. Jadi biar rakyat yang hukum sebab kita sudah beri komitmen. Malah pasukan pemantauan dianggotai pelbagai agensi termasuk Luas (Lembaga Urus Air Selangor) dan Air Selangor  beroperasi 24 jam sekarang ini.

"Maknanya kita serius dan saya serah kepada rakyat untuk buat penilaian. Namun kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas pelaku-pelaku yang membuat pencemaran sungai sekiranya bukti-bukti dapat disediakan," tegasnya.

Katanya, kejadian pencemaran sungai dilihat sangat sistematik, namun jabatan persekutuan dilihat agak perlahan dalam menjalankan peranan mereka sedangkan bukti berkenaan sepatutnya diperoleh dengan cepat dan proses pengambilan sampel tidak boleh dilengahkan.

"Perkara ini tidak perlu berlaku dan saya menggesa kerjasama erat antara jabatan serta agensi persekutuan dengan kerajaan negeri daripada segi penguatkuasaan, juga pemantauan di lembangan sungai bagi memastikan kejadian pencemaran tidak berulang.

"Kita mesti ada kerjasama kuat dan padu kerana pelbagai jabatan ada, termasuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan JAS bagi menjamin keselamatan alam sekitar," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas BN dan Umno, beliau sekali lagi berkata, biar rakyat menghukum serta menilai dan kerajaan negeri tetap bertindak tegas terhadap pelaku mengikut undang-undang semasa.

Beliau memberi contoh kes pencemaran sungai di Semenyih yang mana kerajaan negeri telah membuat tindakan rampas tanah dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik dan semua mesin serta peralatan di kilang terbabit disita oleh Majlis Perbandaran Kajang.

"Arahan juga telah dikeluarkan kepada semua pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melengahkan tindakan terhadap industri haram di lembangan sungai seluruh negeri.

"Mana-mana kilang haram yang sedang beroperasi akan berdepan tindakan tegas termasuk tanah  dirampas, premis disita dan tindakan undang-undang selepas mendapat laporan penuh daripada JAS," katanya.

Tambahnya, terdapat dua peringkat tindakan di bawah kuasa kerajaan negeri dan tindakan undang-undang dengan kerjasama JAS serta Jabatan Peguam Negara untuk membawa kes ke mahkamah.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan keselamatan pengguna ari di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa