Saturday, October 1, 2016

Masih bodohkah kita?

KEBODOHAN APAKAH YG BERSARANG DALAM BENAK ORANG MELAYU...?

Ada yangg mempersenda-senda mengapa Parti Amanah tidak mencalonkan Mat Sabu sebagai Perdana Menteri..? Sebaliknya meletakan nama Husam Musa sebaris dengan Anwar sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang menang PRU14.

Sebab tu sedari dahulu lagi aku kata kesemua mereka ini Bebal.......

Jika kita lihat, apa kedudukan Anwar Ibrahim di dalam Parti KeAdilan?
Anwar hanya menyandang jawatan Ketua UMUM. Anwar bukan Presiden Parti KeAdilan.

Tetapi Ahli KeAdilan dan rakyat terbanyak mahukan Anwar jadi  Perdana Menteri..

Jika ikut otak lembab melayu PAS dan UMNO pasti mereka akan bertanya kenapa bukan Presiden KeAdilan (Wan Azizah) yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia..?

Kebanyakan negara2 maju di seluruh dunia tidak mengangkat pemimpin tertinggi sesebuah parti yg memenangi pilihanraya sebagai Presiden atau Perdana Menteri.. hanya negara dunia ketiga dan negara-negara mundur sahaja yg akan menabalkan Perdana Menteri mereka dari kalangan pemimpin tertinggi parti politik..

Hakikatnya kecerdikan politik rakyat telah banyak berubah dan meningkat.....
Hanya mereka-mereka yang Bebal dan Jumud sahaja yang masih berada di takuk lama.....

Masih menjiwai fahaman Feudal dalam struktur masyarakat, kepimpinan, pentadbiran, pemerintahan dan juga politik.. 

Rakyat menolak konsep Feudal UMNO dan PAS yang hanya tahu menjilat dan mengangkat Presiden Parti sebagai Perdana Menteri...

Teuku Zacharyah Iskandar

1 comment:

  1. Bebal dan bodoh itu suatu penyakit; payah nak rawat. Bila dedak meresap kedalam otak, maka penyakit kebebalan semakin menjadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa