Saturday, October 1, 2016

Muharam dan hijrah parti.......

MUHARAM & HIJRAH PARTI

ESOK sejarah  bermulanya tahun baru Islam yang diambil dari hijrahnya nabi dari Mekah Ke Madinah kerana mahu dibunuh oleh orang-orang kafir Quraish ketika itu.

Tahun baru Hijrah adalah 1 Muharm 1432 bertepatan esok hari kebetulan ahad. Di negara arab memang tahun hijrah itu diguna pakai dan beda dengan kita.

Makna hijrah itu kita kena teliti apa maksudnya dan rasanya baik juga semula kita lihat dan perhatikan dan biasanya hijrah itu makna yang jelas hijrah dari satu hal kurang baik menjadi lebih baik.

Hijrah dimaksud di sini bukan saja bermaksud pindah, tetapi juga pertukaran sikap/tingkah/cara dan tindakan diri kita yang buruk dan menjadi baik atau insaf untuk semula ke jalan Allah dan itu lebih diutamakan banding pindah dari satu lokasi ke satu lokasi.

Nah, kali ini saya tidak berbicara soal itu tetapi soal hijrah dari parti politik ke parti politik dan saya tidak mahu gunakan perkataan KATAK sebab itu menghina sifatnya sebab saya selalu melihat positifnya dan saya mahu kita berhujah secara baik dan sopan tidak menghina sesama.

Esok 1 Muharam makna waktunya terbaik kala hijrah dan apakah esok ada yang hijrah dari satu parti ke satu parti? Kita lihat dan kalau adapun mungkin kebetulan dan kalau ada kita doa sesuatu yang baik buat mereka.

Selama ini saya tidak pernah menghina mereka yang hijrah dari satu parti ke satu parti sebab itulah namanya kebebasan di negara yang mengamalkan demokrasi dan sama sekali tidak boleh kita salahkan sebab tiada undang-undang yang melarang menghukum mereka yang hijrah.

Melarang individu yang hijrah dari satu parti ke satu parti itu tidak benar seolah menyekat kebebasan, malah melanggar peraturan dan perlembagaan yang meletakkan diri bebas ke mana saja mahunya pergi.

Bila disebut perkataan KATAK ( maaf ini perkataan akhir di nota ini) selalu saja dikaitkan dengan dua tokoh kita dan sekarang sudah ada semacam penambahan dan barangkali kita usaha berfikir secara positifnya.

Memang kalau disebut Dr Jefrey Kitingan yang asyik berpindah parti, maka dialah yang selalu diperkatakan orangnya dan saya melihat tidak salah ia berbuat demikian sebab dia hijrah tidak ke parti BN yang mungkin boleh dikatakan mendapat habuan.

Dia pernah di PBS, AKAR, PBRS, PKR dan STAR dan entah apa lagi dan hijrahnya ke parti2 berkenaan tidak mendapat apa-apapun atau tidak mendapat habuan dan cara itu saya tidak lihat ada salahnya.

Seperti pesilat untuk meraih kemenangan, selalu saja pesilat itu berundur untuk menyusun langkah sebelum menyerang dan saya nampak itulah cara Dr. Jefrey Kitingan berpolitik.

Dr Jefrey sebenarnya mahu mencari tapak yang sesuai untuk ia menyerang sebab parti2 yang ia sertai rata2 tidak sesuai dengan kemahuan dan keinginannya selama ini dan barangkali parti STAR sebuah parti yang sesuai dengan keinginan bercakap apa saja dan perjuangan apa saja. Lalu itu tentunya tidak salah dan itu sebab selama ini tidak pernah saya sentuh sikapnya itu meski ramai yang mengutuknya. Dia kawan baik saja sama seperjuangan dan sama masuk keluar kampung berceramah pidato politik.

Hijrah DS Panglima Lajim juga lebih kurang sama dan kala di PBS dia melihat PBS sukar mahu hidup dan sukar membantu rakyat kalau terus bertahan sebab WANG DISATUKAN itu kuasanya kerajaan persekutuan dan keadaan PBS ketika itu nyawa2 ikan dan terbukti PBS sendiri akhirnya sertai BN dan ramailah mendapat kerusi jawatan menteri di negeri dan juga persekutuan. Inilah hakikatnya dan yang mendapat jawatan itu terserah apa mahu dikatakan.

Bila DS Lajim lihat di UMNO tidak berubah dan terus memiskinkan Sabah dan Sabahan terus merupakan negeri termiskin dan pendidikan asas tersorot, maka ia hijrah pula ke KEADILAN dan kala hijrah ke keadilan, ia meninggalkan  kerusi menteri gaji beribu dan kemudian meninggalkan banyak keistimewaan yang jarang orang lakukan dan hijrah itu sebenarnya menuju bala dan rugi dan apakah itu salah demi perjuangkan rakyat?

Nah, dalam keadilan beribu-ribu dananya habis untuk bangunkan parti dan ini pernah saya katakan kepadanya bahawa gunung kalau dicangkul akan merata jadinya macam padang jarak padang tekukur atau kepala bisa botak jadinya alias bisa gila sewel memikirkan.

Nah, berdasarkan apa yang saya nyatakan di atas jelas kalau dilihat positifnya itu tidak salah dan yang salahnya itu kesan hijrah mereka dapat habuan berjuta atau janji kerusi menteri dan segala macam dan itu tidak baik samalah maksudnya menjual negara bangsa.

Kemudian kita perhatikan pula hijrahnya DS Shafie Apdal. Kalau dikira DSSA insan paling setia terhadap kepimpinan tetapi DSSA sebenarnya lebih setia kepada pengundinya. DSSA menangi kerusi itu amanah dan amanah itu satu tanggungjawab yang cukup berat.

DSSA hanya bertanya di kabinet soal dana 1MDB dan ia minta penjelasan dan kalau salah diambil tindakan dan pertanyaan2 itu tidak disukai oleh Najib dan kesannya DSSA bercakap di umum, lalu difitnah konon DSSA sekongkol dengan pembangkang satu pentas bersama dan itulah kesannya dia dipecat dari kabinet yang memang hak PM dan kemudian digantung sebagai Naib Presiden dan keahlian dan akhirnya DSSA sendiri letak jawatan dan keluar meninggalkan UMNO parti yang ia sayang sangat.

Nah, sekarang ini DSSA masih ahli bebas dan partinya cuma tinggal menunggu kelulusan ROS untuk luluskan LOGO dan Nama parti dan itu kena sabar menunggu.

Nah, kasus yang dikatakan itu juga dinamakan hijrah dan tidak salah samalah istilahnya kalau kita beristeri dan isteri selingkuh, maka harus ditinggalkan sebab dayus namanya dan bila disebut dayus makna dosa besar dan samalah juga dengan parti kalau atasan buat kemungkaran/korup/curi dana rakyat, maka harusnya ditinggalkan/kalau tidak itu namanya sama subahat dan berdosa bakal dihukum di akhirat nanti kebetulan pemimpinlah yang pertama masuk neraka jika tidak amanah.

Terkait YB Darell juga sama kesan ia merasakan setelah bertahun-tahun PKR tidak dapat merubah keadaan, maka tidak salah dia beralih angin dengan harapan akan dapat merubah keadaan setelah plan A tidak ketemu kejayaan dan mungkin saja plan B akan membawa kejayaan dan itu semuanya sudah difikirkan dan lagi ia tidak ke BN sebalik sama ke pembangkang dan sayangnya sama parti PKR masih tersimpan di lubuk hatinya tetapi ia mahu bertapak di satu lokasi yang lebih baik dan itu tidak salah.

Demikian pandangan dan pengertian saya kala melihat dari di lobang dunia positif soal hijrah dan bila disebut hijrah itu maka terkait muharam dan apakah esok akan ada yang mahu hijrah?

Jika ada yang mahu hijrah, diucapkan selamat hijrah dan selamat maju jaya dan barangkali ada juga kebaikannya atau hikmahnya kesan hijrah itu dan mudah-mudahah ketemu esok.

Salam tahun baru Islam yang kita namakan Muharam.

ISMAILY BUNGSU
1 Oktober, 2016
10:44am

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa