Peguam kes Duke: Kami akan saman malu
ATIRAH HASLI - 21 OKTOBER 2016
KUALA LUMPUR - Peguam bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar mendakwa pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh ibu saudara dua beradik itu, Yusnida Hussain.
Kata Muhamad Akmal, pihaknya mempunyai bukti-bukti seperti slip transaksi bank dan rekod-rekod lain bagi membuktikan dakwaan sebenar terhadap Muhammad Faizznur Asyraf Husain.
"Duit sumbangan (orang ramai) masih ada. Tidak ada masalah tentang itu. Kami sedang bersedia mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes Duke: Mahkamah kekal beku akaun bapa saudara]
Mahkamah hari ini memutuskan, kedua-dua bapa saudara kanak-kanak malang itu gagal untuk mengetepikan perintah membekukan akaun mereka yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
Ini susulan Mahkamah Tinggi Syariah mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank itu dan menolak permohonan Hamlizar Husain dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain yang mencabar perintah berkenaan.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan memerintahkan akaun itu dibekukan sehingga kes membabitkan hak penjagaan dan nafkah kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 4, selesai.
[ARTIKEL BERKIATAN: 'Saya tak mahu komen, rujuk peguam saya']
Sebelum ini, Muhammad Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.
Oleh yang demikian, Muhamad Akmal berkata pihaknya juga akan mengemukakan saman malu terhadap ibu saudara dua beradik, Yusnida dan suaminya berikutan tuduhan pecah amanah yang dibuat ke atas Muhammad Faizznur.
"Kami akan keluarkan saman malu selepas notis tuntutan dikemukakan kepada Yusnida dan suaminya.
"Sidang media yang diadakan telah mengemukakan tohmahan yang tidak berasas (kepada Muhammad Faizznur) dan kami punya bukti yang sangat kukuh bahawa Muhammad Faizznur tidak bersalah," katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan Yusnida mengadakan sidang media tergempar tempoh hari hanya memburukkan keadaan dan mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan ketika itu.
Akibat daripada tindakan Yusnida, katanya, Muhammad Faizzur dan keluarga berdepan ugutan dan ancaman oleh masyarakat sekeliling.
"Orang ramai yang tidak tahu hal sebenar telah mengecamnya menerusi media sosial dan Muhammad Faizznur juga menerima ugutan bunuh selepas dakwaan Yusnida tersebar di media sosial," ujarnya lagi.
Ujarnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan semasa kepada seluruh masyarakat negara ini.
* Kaitan: Wang sumbangan harus diurus dengan jujur - Mufti
ATIRAH HASLI - 21 OKTOBER 2016
'Saya tak mahu komen, rujuk peguam saya' Faizznur

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa