Wednesday, November 16, 2016

Banyakkah dedak kat sini? Hanya SPRM yang boleh bersihkan nama dia.......

Rabu, November 16, 2016

KENAPA PEMBANTU AHLI PARLIMEN PKR YANG LAIN TAK KAYA?

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo yang membuat laporan di Pejabat SPRM di sini, hari ini, berkata kekayaan dimiliki Adam adalah 'sesuatu yang memeranjatkan' memandangkan beliau baru berusia 28 tahun.

"Saya minta SPRM siasat... segala bukti berhubung kekayaan Adam juga telah dilampirkan seperti gambar rumah dan pelbagai jenis kereta mewah seperti Audi, Vellfire, Mercedes dan BMW," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ulasan saya, kita kagum dengan kekayaan Adam Rosly tetapi yang kita hairan kenapa dia seorang pembantu ahli parlimen PKR yang kaya raya? PKR ada ramai ahli parlimen tetapi pegawai ahli parlimen tidak kaya?

Apa yang istimewanya Adam yang masih muda jadi kaya raya? Kalau benar harga rumahnya bukan RM7 juta tetapi RM1 juta yang disambut dalam lelong, dari mana dia dapat RM1 juta sedangkan orang muda berusia 28 tahun tidak mampu menyimpan duit sebanyak itu.

Ini bukan soal dengki orang muda yang lulus SPM jadi jutawan tetapi yang  dipersoal duit dari mana, adakah duit rasuah atau dari sumber yang sah? - sumber
* Jangan cakap orang dengki ke apa?
Politik atau apa-apa
Biar SPRM bersihkan nama mu dulu

2 comments:

  1. 'Apa yang istimewanya Adam yang masih muda jadi kaya raya? Kalau benar harga rumahnya bukan RM7 juta tetapi RM1 juta yang disambut dalam lelong, dari mana dia dapat RM1 juta sedangkan orang muda berusia 28 tahun tidak mampu menyimpan duit sebanyak itu."

    logiknya ada... sbb rosmah jibby.. boleh menabung duit dari kecik sbb nk beli cincin harga 2 juta...hahahha..

    ReplyDelete
  2. dia simpan duit dari kecik...menabung macam rosmah la..cincin berlian 24 juta...mana dapat duit....
    pemimpin umno hipokrit...cuba tengok sorang sorang perwakilan umno..tengok pembantu menteri ...macamna kekayaan mereka pula...
    jangan jd memaku dulang paku serpeh...
    mengata orang...org ahli awak yg lebih...
    percaya la....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa