Tuesday, November 15, 2016

Darah di hidung Jamal: Benarkah ditumbuk berkali-kali?

Aku sebenarnya dok tunggu ada sesiapa komen tentang darah di hidung Jamal tetapi nampaknya tak ada siapa tumpukan komen tentang itu. Yang dok komen dan tanya hanya siapa tumbuk dan macam mana bende tu berlaku

Bila aku tengok video pergelutan dan darah di hidung Jamal, aku nak tergelak bila didakwanya budak-budak Zuraidah menumbuknya berkali-kali dari belakang!

Ditumbuk dari belakang ooo........dah boleh pula kena tepat ke hidung berkali-kali?
Budak yang menumbuk dia ni pakai buah mana ek? 
Aku pun rasa nak belajar dan bergurulah dengan budak ni......

Banyak benar darah yang keluar tu........sehingga bercampur dengan peluh wei!

Kalau ikutkan pengalaman akulaa........kalau benar kena penumbuk di hidung, cukup dengan sebijik pun dah boleh menitis ke lantai. Ini pula kena berkali-kali pun keluar macam hingus yang nak kering jer.......memang Jamal ni kebal kot?

Kalau benar kena berkali-kali, hidung Jamal tidak akan masih comel.......dan mungkin tidak lagi terletak kat situ!

Garanglah kononnya tu........darah nak dibalas dengan darah. Baru kena macam tu pun dah meraung melolong macam masuk pelesit!

Hidung berdarah sikit pun, mahu darah dibalas darah?
15 November 2016 | ARIF ATAN
Mohd Anuar Tahir

Kecoh dengan hidungnya yang berdarah akibat bergelut dengan polis, kenyataan ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa “darah diganti dengan darah” bagi Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir dianggap sebagai keterlaluan.

“Hidung berdarah sikit pun, mahu darah dibalas darah? Manusia apa? Orang di Syria yang cakap begitu. Orang yang membunuh di Iraq dan Yaman.

“Di Malaysia, usahlah ditimbulkan soal darah dibalas darah,” ujarnya ketika ditanya pemberita pada sidang media berhubung himpunan Bersih 5 di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Beliau berkata, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar tersebut berhak untuk berjuang atas apa yang hendak diketengahkan tetapi sama sekali bukan melalui keganasan.

“Bila tolak-menolak begitu, berlakulah perkara tidak diingini. Tuduh, tarik balik. Kami sentiasa tegaskan sesiapa pun yang menyertai Bersih 5 adalah mereka yang percaya pada protes tanpa kekerasan,” ujarnya merujuk kepada kekecohan Geng Baju Merah di pusat beli-belah Ampang Point, Selangor kelmarin.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, negara ini mendaulatkan undang-undang dan berpegang pada Keluhuran Perlembagaan serta mematuhi prinsip Kesopanan dan kesusilaan seperti terkandung dalam Rukun Negara

“Ini (berhimpun) hak rakyat di negara bertamadun dan diakui oleh hak asasi manusia. Hak untuk menyatakan pandangan itu adalah hak bagi manusia yang waras,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap himpunan Bersih 5 dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Amanah itu akan berlangsung secara aman tanpa provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Himpunan ini adalah suara tuntutan kepada pilihan raya yang adil dan bersih. Pastikan jangan ada terlepas untuk menyertai himpunan yang bersejarah ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan menyifatkan pihaknya tidak melayan sebarang bentuk provokasi pihak tertentu berhubung penganjuran himpunan Bersih 5.

“Kita berharap pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) memainkan peranan dalam himpunan ini nanti,” tegasnya lagi.

2 comments:

  1. ini spesis dato seri longkang ni...

    ReplyDelete
  2. Mcm mana boleh dpt dato seri. Semua dato seri dah terjejas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa