Thursday, November 17, 2016

Kalau dalam hati ada taman dengan BN, minta maaflah!

Bila MP mahu Tun M lihat sendiri kekejamannya
ATIRAH HASLI - 16 NOVEMBER 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - "Apabila saya mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di pentas Konvensyen Pakatan Harapan, saya hanya mampu mengaminkan doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Mohd Noor," kata Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan.

Menurutnya, Mahathir menerusi ucapan di konvensyen telah menyebut mana-mana pembangkang yang tidak bersama mereka adalah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemakan dedak Umno.

"Maka saya hanya beratus kali mengaminkan kembali doa yang pernah dilafazkan oleh Allahyarham Fadhil.

"Ya ALLAH, Engkau Panjangkan umur Mahathir supaya ia dapat saksikan sendiri kezaliman dan kekejaman yang pernah ia lakukan," ujar Ahli Parlimen Temerloh itu dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Kenyataannya itu mendapat pelbagai respons balas daripada netizen di laman sosial.

Seorang netizen, Faizal Ahmad meninggalkan pendapatnya di ruangan komen pada kenyataan dengan berkata, rakyat memilih Nasruddin sebagai wakil rakyat bukan untuk bersama-sama menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang dibuat oleh penguasa.

“Seolah-olah YB (Nasruddin) sangat berpuas hati bila kekejaman dan kezaliman itu berlaku,tapi YB tak sedar yang akan menanggung akibat dari kezaliman itu adalah kami rakyat kerdil yang di bawah ini, bukan Mahathir seorang.

“Tetapi kalau dengan cara "menyaksikan" itu yang membuatkan YB rasa menang dan senang, selamat maju jayalah,” sindirnya.

Seorang lagi netizen Norazman Meon berkata, rakyat hanya akan menyokong pihak yang benar-benar menentang BN.

“Kita sokong siapa yang lawan BN... tapi kalau luaran kata lawan, dalam hati ada taman dengan BN, kita tidak akan sokong. Minta maaf," katanya pula.

1 comment:

  1. Bila sang ostad tolol bercakap macam dah kena daun ketum buatan tuang presideng nye. Baghal..walaunta kuda wal ketomi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa