Saturday, November 26, 2016

Kelaku Hina: Inikah dia Wajah Melayu UMNO sekarang?

Zunar: Ahli Umno tumbuk 4 kali, tarik kolar saya
Susan Loone   -   Hari ini, 2:33 tengahari
 
 
 
Empat tumbukan dilepaskan ketika serangan sekumpulan anggota Umno di Komtar semalam, kata kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque.

"Mereka juga tarik kolar saya, saya diserang secara fizikal, tetapi saya terus tenang, saya tidak mahu bertindak balas," kata Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar kepada Malaysiakini.

"Sebagai penerima anugerah kartunis untuk Anugerah Keamanan yang disampaikan oleh bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Anan di Geneva tahun ini, saya mahukan keamanan, bukan perang," katanya.

Zunar berkata ketua kumpulan itu memperkenalkan diri sebagai anggota Pemuda Umno dan mereka diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Beliau menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengajar anggota-anggotanya menjaga kelakuan, bukan bertindak ganas terhadap pesaing mereka atau orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka.

"Adalah malang, kerana penyokong parti pemerintah, mereka mengancam untuk membakar buku-buku saya," kata Zunar.

"Selain memaksa saya mengambil semua karya seni saya yang telah dilekat untuk pameran, mereka menendang dan merosakkan dua keping lukisan saya, kumpulan itu juga bertanya kepada saya mengapa saya tidak melukis kartun menentang kerajaan Pulau Pinang," kata Zunar.

"Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh mengadakan pameran mereka sendiri tentang kerajaan Pulau Pinang jika mereka mahu, tetapi jangan ganggu saya," katanya.

Pameran 10 karya seni Zunar terletak di tingkat 3 Komtar telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada tengah hari sebelum ia diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno Pulau Pinang.

Mereka yang terdiri sekumpulan 30 orang melemparkan kata-kata kesat terhadap Zunar dan dua pembantunya seperti "haram jadah" semasa kekecohan yang bermula sekitar jam 3 petang.

* Wajah UMNO di era kejatuhan dan bila-bila saja akan tersembam makan tanah!

2 comments:

  1. Lps satu satu bangsat umno nak tunjuk eksyen. Hoi bangsat2 umno, jgn dok mengada2 sgt. Yg undi umno pun tak sampai 50%! Itu namanya minoriti. Nanti pihak majoriti belasah hangpa pula baru tau

    ReplyDelete
  2. depa lupa sbnarnya..roda kehidupan sentiasa berputar..ini masa mereka di atas..bukan selamanya di atas...
    sesuatu yg pasti..ape jua yg mereka lakukan walau menyalahi undang undang..tak de ape pun yg brrlaku ke atas mereka..
    itu sebabnya mereka berani buat.sama macam segerombolan yg di ketuai oleh ansk menteri yg buat kecoh kat oarlimen.cuma fi minta menyerah diri...bukan nya di tangkap...sebab ape? sebab ansk menteri dan depa berkuasa.
    tak lebih atau kurang mcm myenmar juga..cuma tak sampai nembunuh menyiksa atau merogol.
    mereka berkuasa..dan mereka bebas melakukan ape saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa