Sunday, November 27, 2016

Mahkamah tolak permintaan polis untuk menahan reman Zunar selama 4 hari

Mahkamah benarkan Zunar direman sehari
Susan Loone   -   Hari ini, 10:23 pagi
Polis menadapat kebenaran menahan reman sehari pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaque yang kini disiasat mengikut Akta Hasutan kerana menghina Datuk Seri Najib Razak.

Penolong pendaftar kanan mahkamah Mohd Harith Mohd Mazlan memberikan kebenaran menahan reman itu selepas Zulkiflee - yang lebih dikenali dengan nama Zunar - dibawa ke mahkamah majistret Pulau Pinang sebentar tadi.

Peguam Zunar, Ramkarpal Singh, berkata kemungkinan besar pelukis kartun politik itu akan dibebaskan petang ini selepas kenyataannya diambil.

Pemenang Anugerah Kartunis Keamanan itu ditahan polis sejak semalam mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan sengaja mengaibkan dan mencetuskan gangguan keamanan.

Kata Ramkarpal, polis mengemukakan permohonan untuk menahan reman Zunar selama empat hari tetapi dibantah pihaknya.

"Mereka boleh mengambil kenyataan daripada Zunar dengan mudah dan dia sentiasa memberikan kerjasama," kata Ramkarpal ketika ditemui di luar mahkamah pagi ini.

Sebelum itu Zunar tiba di pekarangan mahkamah dengan tangan bergari kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Ramkarpal juga mengingatkan polis supaya mengambil tindakan ke atas pihak yang menyerbu dan merosakkan pameran Zunar di Komtar pada Jumaat.

"Mereka tidak perlukan laporan polis dibuat sebelum mengambil tindakan," katanya.

Kelmarin Malaysiakini melaporkan pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Najib.

Diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar menamatkan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz, berkata dua bahan pameran dirosakkan.

Exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.

Zunar melancarkan pameran kartunnya tengah 25 November lalu dan dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa