Saturday, November 26, 2016

Memang patut pun Pengganas sebenar diganasi!

Kebakaran besar di Israel 'tindakan pengganas' - Netanyahu 
AFP |  November 25, 2016 14:24 MYT
Kebakaran besar di Israel 'tindakan pengganas' - Netanyahu
Kebakaran besar melanda Haifa, Israel. -REUTERS/Baz Ratner
KUALA LUMPUR: Kebakaran hutan di Israel kini masuk hari ketiga.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata ada kemungkinan kebakaran itu disengajakan dan tidak menolak ia sebagai tindakan pengganas.

"Setiap api yang disebabkan oleh pembakaran dengan niat, atau hasutan untuk menggalakkan pembakaran dengan niat, akan dilihat sebagai tindakan pengganas," kata Netanyahu.

Tambahnya, pihak berkuasa mendapati ada unsur 'melakukan pembakaran dengan niat'.

Sementara itu, menteri dalam negeri Gilad Erdan berkata hampir separuh daripada kebakaran itu tercetus akibat tindakan 'arson terror' (pembakaran dengan niat yang berunsur keganasan).

Menteri pendidikan Naftali Bennett pula menunding jari terhadap komuniti Arab sebagai dalang di sebalik kebakaran.

Kenyataan tersebut dibidas ketua blok Arab di Parlimen Israel Ayman Odeh yang berkata kawasan yang dijilat api turut menjejaskan penempatan penduduk Arab, seperti kampung halamannya di Haifa.

"Kami telah hidup di negara ini beratus-ratus dan beribu-ribu tahun dan tidak membakarnya," kata Odeh.

Dia menambah komuniti dan keluarga Arab sedia membantu sesiapa yang terjejas akibat kebakaran, tanpa mengambil kira agama mereka.

Wilayah utara Haifa antara kawasan yang teruk dilanda kebakaran. Datuk Bandarnya Yona Yahav memberitahu hampir 60,000 daripada 250,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut telah dipindahkan.

Pihak penyelamat pula menyatakan bahawa kebakaran tidak dapat dikawal dan sedang menular dari satu rumah ke rumah yang lain.

Setakat ini, seramai 65 orang telah dihantar ke hospital kerana cedera ringan dan ramai lagi penduduk dilaporkan terperangkap di rumah mereka, menurut jurucakap pasukan bomba.

Penduduk Haifa, Yael Hame berkata kebakaran yang berlaku amat mengerikan.

"Api menjulang tinggi, mencecah 20 tingkat."

Sementara itu, beberapa negara telah menawarkan bantuan kepada Israel untuk memadamkan kebakaran termasuk Greece, Rusia dan Turki yang menghantar pesawat pemadam api.

Pada 2010, Haifa dilanda kebakaran paling teruk dalam sejarah Israel, yang mengorbankan 44 mangsa. Ketika itu, sebanyak 16 negara terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran.
Netanyahu berkata sebanyak 15 kawasan di Israel terbakar, termasuk kawasan di pinggir bandar Baitulmaqdis dan Talmon, sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Laman web Meteorologi Meteo-Tech melaporkan cuaca musim luruh kering serta angin kencang menjadikan keadaan mudah terbakar.

"Keadaan amat kering dan kelembapan relatif di bawah 10 peratus serta angin kencang boleh menyebabkan api yang kecil pantas merebak," kata ketua Meteo-Tech Noah Wolfson.

Tambahnya, ramalan cuaca untuk beberapa hari akan datang juga tidak memberangsangkan di mana hujan dijangka tidak turun sehinggalah minggu depan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa