Wednesday, November 23, 2016

Mengancam Negara Malaysia atau Kerajaan? : Surat anak-anak Maria Chin kepada rakyat Malaysia

Surat anak Maria Chin kepada rakyat Malaysia
19 November 2016 | Azumin, Aziman, Azemi
Malam sebelum himpunan BERSIH, tentu sekali semua orang sedang bersedia untuk turun ke himpunan tersebut; himpunan yang menjadi satu lagi langkah ke arah pilihan raya yang bersih dan adil buat Malaysia. Jam sekitar 6.00 petang, kami di rumah sedang menyediakan makan malam ketika menerima panggilan daripada seorang rakan kepada keluarga yang bertanyakan keadaan, dan adakah kami sudah mendengar berita. Kebingungan, kami tanyakan apa yang sedang berlaku? Beliau terangkan bahawa ibu kami baru sahaja ditahan dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya.

Sejam kemudian, kami tiba ke balai tersebut dan terus menunggu peguam membawa kami masuk berjumpa dengan ibu kami. Ketika kami akhirnya berjumpa dengannya, beliau terangkan yang beliau dituduh mengancam kestabilan kerajaan. Kedua-dua ibu dan Mandeep yang ada bersama meyakinkan kami yang semuanya akan berlangsung dengan baik, tenang, dan tertib. Kami hanya harap tuduhan ke atas ibu kami dapat digugurkan dan dia dilepaskan segera.

Setelah semua yang berlaku ini, adalah mengecewakan apabila orang-orang yang hanya memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil dituduh sebagai ancaman kepada negara. Adakah ini negara yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan? Negara yang mana rasuahnya bermaharajalela, pilihan rayanya kotor, dan orang yang tidak bersalah disumbat sebalik jeriji besi?

Ketika kami kecil, kami tidak faham apa yang ibu dan ayah kami perjuangkan, kenapa ayah benar-benar menentang I.S.A. Ayah kini telah tiada. Hari ini, kami sudah cukup dewasa untuk memahami betapa penting dan besarnya pengorbanan orang-orang seperti mereka. Orang seperti ibu dan ayah kami, yang berani bersuara melawan penyelewengan dan rasuah tidak melakukannya untuk diri mereka sendiri, sebaliknya untuk generasi yang akan datang.

Ketika kami tuliskan surat ini, kita rakyat Malaysia hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menuju ke saatnya kita bersuara untuk memperjuangkan perubahan buat Malaysia. Adalah penting untuk kita tunjukkan bahawa kita tidak akan sama sekali bertolak ansur dengan ketidak adilan yang masih bebas dilakukan oleh pemerintah.

Kami berharap agar rakyat Malaysia yang hadir esok, atau yang sedang mengikuti perkembangan daripada rumah, mendengar apa yang kita semua suarakan, serta memahami apa yang sedang diperjuangkan oleh BERSIH. Kami bertiga doakan himpunan ini akan berlangsung dengan aman esok. Jumpa di sana.

Ikhlas,
Azumin, Aziman, Azemi – anak-anak Maria Chin Abdullah dan Almarhum Yunus Lebai Ali. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa