Wednesday, November 23, 2016

Sekarang ramai sungguh setan celaka yang bawa sial ke sini!

Wednesday, November 23, 2016
Anggota Polis DITEMBAK disyaki oleh warga AFRIKA
hafidzul@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Anggota polis cedera di paha kiri selepas ditembak penjenayah di Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, disini, hari ini.

Kejadian apabila anggota yang bertugas di Unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Sri Damansara, di sini, sedang mengejar Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki disyaki warga Afrika, pada 6.30 petang.
 
Sumber-sumber polis berkata, ketika anggota peronda sedang mengejar suspek, seorang daripada tiga suspek menembak anggota polis dan mengenai paha kiri mangsa.

"Suspek berjaya melarikan diri ke seberang jalan dan kenderaan yang dinaiki suspek ditinggalkan di lampu isyarat kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Anggota polis berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil," katanya.
 
- sumber gambar

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan kejadian

* Untuk makluman: Dalam minggu ini dan mungkin beberapa hari selepas itu blog ini kemungkinannya tidak akan dikemaskini sekerap yang lazimnya kerana saya sekarang berada di KL dan berulang alik ke Ulu Yam/Batang Kali kerana beberapa urusan. TK

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa