Wednesday, November 30, 2016

SU Jaringan juga ditahan namun mereka berikrar tidak akan berganjak

SU Jaringan antara ditahan di Gua Musang
WARTAWAN SINAR HARIAN - 29 NOVEMBER 2016
Mustafa Along

GUA MUSANG - 'Saya pun kena tangkap sekali," itu antara luahan pertama Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Mustafa Along, ketika dihubungi.

Tambah Mustafa yang berada di Pos Bihai, selain dia, 14 yang lain turut ditangkap menjadikan jumlah tangkapan kini seramai 32 orang termasuk tahanan di Simpang Petei.

"Kami berada di sini lebih 100 orang iaitu terdiri daripada penduduk di kawasan sekitar. Namun, hanya 15 orang sahaja yang ditangkap secara rawak.

"Mereka (Perhutanan) juga turut merobohkan sekatan yang kami bina pada 4 November lalu. Tak apa lah, nanti kita buat lain," katanya lagi.

Tambah Mustafa, tangkapan itu dibuat bukan kerana mereka melawan kerja-kerja merobohkan sekatan, namun kerana didakwa menyalahi undang-undang dengan membina sekatan berkenaan

'Kami tak akan berganjak'
WARTAWAN SINAR HARIAN -29 NOVEMBER 2016

GUA MUSANG - Penahanan Orang Asli di sekatan Simpang Petei, di sini, oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan Kelantan, tidak memberi apa-apa kesan buat komuniti di sini.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Mustafa Along berkata, biarpun jumlah tahanan bertambah dan sekatan di Simpang Petei, dirobohkan, mereka tidak akan berundur.

"Itu bukan cara penyelesaian dan kami tidak akan berganjak dan tak takut ditangkap. Kami tetap akan bertahan di sini dan kita akan buat semula sekatan itu nanti.

"Buat masa ini, rakan-rakan yang ditahan telah terputus hubungan kerana alat komunikasi mereka dirampas. Saya difahamkan, mereka ditempatkan dalam trak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis," katanya lagi.

Terdahulu, seramai 16 Orang Asli ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Simpang Petei, Pos Tohoi, Gua Musang, setakat jam 2 petang, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di SK Kuala Betis mendapati, pada jam 3.25 petang, trak yang dipercayai membawa tahanan telah dibawa menuju ke Gua Musang.

Bagaimanapun, media dihalang untuk memasuki kawasan berkenaan

2 comments:

  1. Masa ATGNA perintah tak pernah jd pun mcm ni

    ReplyDelete
  2. Keamanahan sangat perlu bagi menjuarai amanah rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa